"Fasting is the first principle of medicine"-Rumi

Disclaimer:

Informasi dalam blog ini tentang intermittent fasting (IF) dan diet ketogenik BUKAN bertujuan untuk menggantikan nasihat, konsultansi, diagnosis dan rawatan dari ahli perubatan yang bertauliah. JANGAN berhenti dari sebarang ubat atau follow-up tanpa pengetahuan doktor anda!

Sunday 4 February 2018

Success Stories



Ini merupakan beberapa testimoni mereka yang telah menjalani Program RDO.

Testimoni #1





Result darah HbA1c pada 27/9/2017 - sangat tinggi! 



HbA1c menghampiri normal, selepas 3 bulan!


Testimoni #2

Puan Labibah, selepas 4 bulan mengikuti program


Puan Labibah, 59 tahun. Didiagnos diabetis 2 tahun. selain itu ada hipertensi dan kolesterol tinggi.BP 160/100 pada waktu tu.  Padar gula sekitar 6.5. HbA1c 6.9 % (Julai 2017). Ubat metformin 500 mg 2x sehari dan atorvastatin 20 mg malam dimulakan pada Julai 2017



Pada bulan September 2017, Pn Labibah mula diperkenalkan kepada RDO protocol dan mula mengamalkannya..

Hasilnya...

Terkini...Februari 2018..↴




Paras gula turun ke 5.5. HbA1c turun ke 6.2 %, walaupun beliau sudah tak mengambil ubat metformin dan atorvastatin selama 2 bulan!


Keputusan darah kolesterol juga menunjukkan peningkatan lebih baik.




Testimoni #3


Chef Z


Walaupun protokol RDO sgt mudah tetapi kita perlu sangat berhati2 memasukki zon ketosis terutama bagi mereka yang telah mempunyai penyakit kencing manis yg boleh menyebabkan hypoglycemia.

Oleh itu penukaran permakanan perlu sangat berhati2. Kalau obesiti tapi tiada kencing manis lg atau peringkat awal mungkin boleh masuk zon ketosis total dgn IF 16 hingga 20 jam sehari seberapa pantas mungkin dlm dua atau tiga minggu.

Tetapi bagi yang obesiti dan mempunyai kencing manis yang agak teruk (Dr hafizi dan Dr2 lain lebih arif tentang ini. Saya bercakap hanya berdasarkan pengalaman perjalanan RDO yg saya buat berdasarkan ilmu yg saya pelajari dr Doktor Hafizi).

Maka saya mengesyorkan ambillah masa yang agak sedikit lama untuk masuk zon ketosis total ini.

Mengurangkan jumlah nasi dan menambahkan sayur berfiber yg agak banyak untuk menutupi rasa lapar dalam jangkamasa panjang dan mengawal protin serta menghentikan teh tarik, milo ais atau kopi tarik kaw itu adalah lebih penting.

Saya adalah manusia obesiti yang telah menghidap Kencing Manis, Darah Tinggi, Gaut, Sciatica, Slip Disc, Bad Posture dan Fibromyalgia Syndrome sakit muscle bahu tengkuk dan leher yg teruk. Sebelum mengikuti protokol ini.

Obsession atau ketaksuban utk mengubah keadaan terlalu pantas juga boleh menjadi satu masalah yang sgt besar.

Boleh berakhir dgn slip disc semakin teruk akibat senaman hanya planking yg tidak tepat kedudukannya. Ini terjadi kepada saya (saya terlalu gemuk masa itu) mustahil utk berada pada kedudukan yang tepat.

Setelah consult dgn Dr Hafizi, satu kaedah iaitu memperlahankan setiap satu tahap, samada berkaitan IF, Ketogenic Diet dan Senaman baru saya jumpa jalan sebenar2 nya malah lebih pantas dari sebelumnya.

Bila saya dah cutting weight 30kg selama 3 bulan baru sy dapat planking dengan kedudukan yang betul untuk memperkemaskan perut yang mengeleber.

Saya malu dengan semua keadaan ini tapi menguatkan tekad untuk tidak berpaling lagi dgn gaya hidup yang salah.

Maka saya menulis ęś›:point_upIlmu yg saya pelajari dari Doktor Hafizi dan Ilmu body building yg saya pelajari sebelumnya dari bbrp body builder yg menggunakan protokol Tom Venuto yang menulis buku body building yg terkenal iaitu Burns Fat and Feeds Muscle.

Dimana protokol itu mengajarkan, untuk membina muscle dgn baik mengkehendaki kita makan 6 kali sehari dgn jumlah yang sedikit dgn pembahagian protin, fat dan karbohidrat serta vitamin minerals yg betul, (ada pengiraan) semuanya melalui makanan juga tanpa ubat2an.

Ini adalah protokol utk menurunkan berat berserta meningkatkan ketumpatan muscle serentak. Dalam istilah body building Cutting and Bulking at the same time. Bagi yang mengikuti program permakanan dan senaman yg betul, maka dapatlah mencapai matlamat dan ada bbrp org kawan yg menjadi athletes negara.

Tetapi bagi yang hanya menuruti program permakanan tanpa disiplin latihan senaman dan weight lifting yang disarankan maka tiadalah cutting weight juga tiada bulking muscle. Itu yang terjadi kepada saya.

Satu ilmu yg sangat besar yg tertinggal dan tiada didalam protokol Tom Venuto adalah tidak menerangkan konsep insulin sebagai instruktor kepada sistem metabolisma tubuh untuk menyimpan lebihan kalori dari karbohidrat berkanji dan protin menjadi lemak tubuh.
Oleh kerana tidak memahami konsep ini dengan seberapa tepat yang boleh, ianya telah menjadikan sangat ramai manusia samada yang cintakan sukan atau tidak menjadi obesiti.

Kejahilan ini perlu dirungkai dan tindakan penambah baikan terhadap cara kita memlilih makanan dan minuman perlu dijadikan paksi atas segala ilmu lain supaya kita dan generasi kehadapan tidak terperangkap lagi dgn obesiti yg mengundang pelbagai penyakit dan segala ilmu lain tidak dapat dipraktikkan dengan sempurna akibat tubuh telah menghidap pelbagai penyakit.

Semoga kita tidak menjadi insan yang terlambat dan berdisiplin untuk memahami ilmu ini.

Semoga RDO yang diusahakan oleh Dr Hafizi dan atas nasihat Ybhg YB Dato' Dr Shukri, ahli2 jawatan kuasa penaja yang terdiri dr pelbagai kepakaran, pengalaman dan kerjaya, dapat menjadi satu platform yang boleh dijadikan anjakan paradigma untuk hidup lebih unggul dan sihat sepanjang hayat.

Chef Zack.
Testimoni #4
En N --berjaya sampai ke Puncak Everest!



Testimoni #5


#majorthrowback 132kg-90kg without any pills or products diet! Proud with myself. 132kg ni kira paling berat lh seumur hidup. X sangka bole segigih ini. Dgn IF + KETO diet saya dpt balik kesihatan & 'masa lalu sy. Nk menangis pn ada sebenarnya, mcm² perasaan bercampur-baur, teruja... Allahu.. Tiada magic tapi teruskanlah istiqomah.. Masa akan reward kn perjuangan kita. Bila lalai sedikit jgn terus hanyut, maafkan diri sendiri & restart balik keesokkan harinya. Semoga menjadi inspirasi buat teman² yg ada KM spt sy.. Sy dh lama bebas ubat & insulin, anda bila lg.. We can do it!
Saya target 70kg saja, mudah²an berjaya..




















Testimoni #6:Perkongsian dari En. F (gambar di atas):

Sekadar perkongsian bersama... saya ni masih lagi orang baru dalam RDO. Saya bermula pada awal April 2019. Tinggi saya adalah 180 cm. Berat masa permulaan ni lebih 115 kg tetapi sebelum tu pernah cecah lebih 120 kg. Masa ni saiz baju pakai XXXL dan seluar pula dalam 47 inchi.

Saya pula dah menghidapi Kencing Manis lebih daripada 13 tahun. Jadi dah menghadapi beberapa komplikasi daripada KM ni. Ubat-ubatan jangan cerita la dah berjenis2 kena ambil daripada pagi sampai malam. Insulin pula kena cucuk sehari total 62 unit. HBa1C saya pada penghujung April tu adalah 15.7. Kira bacaan yang tinggi. Ni kira purata darah untuk 3 bulan sebelumnya.

Jadi boleh la bayangkan berapa bacaan darah saya seharian, corak pemakanan dan gaya hidup saya.

Permulaannya tak begitu yakin dengan Protokol RDo ni... tetapi setelah minggu pertama dah boleh lost 4 kg dan KM saya semakin positif. Baru ada keyakinan sikit tetapi keraguan masih tinggi. Apa2 pun saya teruskan juga sebab apa salah kita mencuba. Lagi pun dah bertahun dok makan ubat dan doktor asyik tambah... ok aja boleh cuba.

Pendek cerita pada bulan Julai 2019 tiba sesi HBa1C yang seterusnya. Alhamdulillah bacaan dah turun ke 6.4 dalam masa beberapa bulan. Insulin masa tu dah kurang banyak. Sekarang ni dah tak ambil. Berat pula dah turun ke 89 kg. Ubat darah tinggi daripada 2 jenis hanya tinggal separuh biji sahaja. Dan sekarang ni saya hanya ambil 1 biji Metformin Slow Release sehari. Tu pun semasa hari makan sahaja. Semasa fasting windows tak ambil. Dan terkini bulan Oktober 2019, berat saya dah cecah 78 - 79 kg. Baju dah muat saiz M tetapi lebih selesa pakai L sebab saya tinggi. Cutting saiz M tak sesuai. Pinggang pula dah susut ke 33 inchi.

Harap mana2 yang baik tu boleh la ambil dan sama2 la kita belajar lagi.

Testimoni  #7: Pn S 

Assalamualaikum semua...

Hari ni saya nak share psl pengalaman saya. Mula join group ni hjg julai thn ni.

Hba1c saya 11.3 masa cek thn lps. Lps tu x pernah cek lg.

Tp bacaan glukos sentiasa 12-16. Dr suruh cek blk dan mmg plan nak bg insulin (saya mkn ubat je selama ni).

3/8/2019, saya cuba start diet keto. 3 hari pertama, ambik jugak nasi sikit masa lunch tp lps tu saya mmg ikut rdo. Reduce carbo ikut rdo rules... 20 gm sehari. 

Lps seminggu dan smpi skrg, bacaan glukos saya antara 4.8 - 6.5. Berat turun dlm 9kg tp inchloss mmg ketara. Dari baju saiz 48/50, skrg blh pakai saiz 44. Target saya mmg utk glukos dan turun berat bdn tu extra bonus.

Jutaan terima kasih pd Dr Hapizi, admin2 dan semua dlm grup ni. Saya anggap rahmat Allah bila jumpa group ni...

Selama ni x tau cara terbaik nak kurangkan bacaan glukos dgn cut off carbo. Jumpa dietitian pun still suruh ambik carbo. Semoga saya dpt reverse diabetes saya... Aamiin

Lepas 3 bulan ikut protokol rdo, inilah result saya yg terbaru. Blh compare dulu dan sekarang... Alhamdulillah....(gambar result di bawah)


Testimoni #8


Alhamdulillah hari ini genap 100 hari saya dlam RDO dan 100 hari juga saya buat IF.
Terima kasih team RDO terutamanya Doc Hapizi yang izin kan saya masuk dlam group ni.
Setelah saya hilang semangat selepas dpat tahu saya dapat KM pada 29 Ogos 2019. Doktor yang merawat pun sangat tak membantu, dia kata penyakit ni smpai mati tak boleh baik, hanya boleh kawal saja. Makan apa pun boleh tapi sedehana. Ubat jangan tinggal.

Orang di sekeliling pun sangat tak membantu, bagaikan penyakit ni seperti satu hukuman mati yang hanya menunggu masa. Makan ja ubat kan ada? Aduhh, patut la tak baik2.
Namun saya tak mengalah, saya usaha mencari info dlam talian, jumpa macm2 group Mcm2 page, ada yang jual ubat (saya pun terbeli juga) ada group yang dikelola oleh doktor, bagi info sikit tapi Rupanya kalau nak lebih info Kena bayar. Hmm

Atlast alhamdulillah terjumpa dengan group RDO, Allah buka kan jalan.
Saya baca info, saya baca testimonials org yang dah reverse, betul2 bagi saya semangat semula.
Saya start IF walaupun tak brapa btul caranya, masih makan nasi, sbb masih belajar. Bila jumpa doktor dia marah, katanya IF hanya akan rosakkan diri dan tubuh badan. Pada ketika tu saya dah tak percaya cakap doktor tu lagi. Tambahan katanya kalau pesakit KM ni kolestrol susah nak turun, so Kena makan ubat je. Exercise ke apa mmg susah nak turun.

Saya akan buktikan saya boleh buat.

Saya stop ubat exactly sebulan daripada tarikh diagnose km iaitu pada 29 September 2019, saya tanya doc Hapizi dulu, doc kata ok boleh stop ubat then start dari situ saya jaga betul2 pemakan saya.
Banyak saya kacau ibu tanya kan tentang resipi keto. Hari2 jadi benggali roti buat naan keto.. Itulah makanan saya sehari hari. Kadang2 kalau bosan saya makan salad Subway.. Letak extra daging dan ayam. Sos2 tak yah la ambik...

Ibu juga yang saran kan saya supaya buat test Hba1c di farmasi utk tengok progress saya. Alhamdulilah saya buat test pertama kali selepas sebulan stgh saya diagnose KM, dari 10.1 jadi 7.1 dlam sbln stgh.

Bulan depan nya pulak pada bulan 11 saya test lagi, jadi 6.5 Alhamdulilah. Daripada situ saya lebih semangat untuk teruskan IF dan rutin exercise harian disamping diet keto. Saya percaya Inilah jalan yang betul utk reverse KM.

Alhamdulilah apa yang saya capai dlam 100 hari

Berat badan asal 102kg
Terkini 80.8kg
Pinggang asal 42
Terkini 34
Body fat asal 27
Terkini 17
Visceral fat 13
Terkini 10 (Kena usaha lagi smpai dpat angka 5)
Kolestrol asal 6.9
Terkini 5.5
Hba1c asal 10.1 (29 Ogos 2019)
Terkini 5.6
Paling ketara,
 dengkur saya dah hilang. Kalau tak dulu mmg begegar la rumah dengan dengkuran saya. Kalau travel pun mmg sangat memalukan, berdengkur dlam flight dlam bas, hanya jadi bahan ketawa orang. Sekarang alhamdulillah dah tidak ada lagi. Syukur.

Dulu nak lari, jogging pun susah
Sekarang 10km insyaAllah setiap hari

Alhamdulillah nikmat apa lagi yang saya mahu dustakan?
Saya tahu saya banyak buat silap, saya suka makan tapi tak suka nak exercise. Padahal dulu saya aktif bersukan.

Semoga apa yang saya lakukan sekarang, saya akan istiqamah sampai bila2.

Terima kasih dan setinggi tinggi penghargaan saya kepada Doc hapizi yang sudi melayan saya pada awal nya dan masukkan dalm group ni,
Kepada ibu Muhaini, jasa ibu saya tak dpat nak balas, trima kasih melayan karenah saya..

Coach iskandar, terima kasih banyak2 atas segala tunjuk ajar, kalau tak kerana coach, saya tak boleh nak lari non stop 10km hrni dan keep fit.

Moga Allah balas jasa kalian dengan syurga paling tinggi, aminn.

Melalui RDO lah saya banyak dpat info melalui pakar2 kesihatan di YouTube, dan findings2 terbaru mengenai diabetic. Kalau nak ikut kita dengan negara barat, mmg kita jauh di belakang.

Terima kasih juga pada kawan2 yang saya banyak tanya dan ambik inspirasi daripada anda, antara nya tuan tuni, puan L, abg sham, tuan Izaidi, jasa kalian saya takkan lupa kan.

Next target 2020 by March saya nak reverse KM dan capai cita2 untuk jadi seorang pelari marathon, doakan saya ya.

Kepada kawan2 let's set our own 100 days challenge. Yes only 100 days...


Testimoni # 9

Sharing my journey.

October 2019 I found out that I have diabetic type 2. Rasa down semua ada. Denial phase. Tapi cari jugak solution apa nak buat. Tak nak bergantung dengan ubat. Jumpa group RDO dlm facebook through IF group. Then join telegram. November start IF+KETO. Ada jugak terlepas ke laut dalam. Tapi lepas tu focus and focus.

2 bulan lost 10kg. Sekarang da lost 11kg. Tak banyak tapi ada. :seBacaan gula pun makin baik. Alhamdulillah. Belum reverse sepenuhnya. Still fighting. Pray for me. Tq sebab wujudkan group ni. Bukan je dapat kawan baru. I gain a lot of knowledge and recipes too! Sedap² pulak tu. :see_no_evil::wink: Siapa cakap diet tak boleh makan sedap²! Niat buat IF+Keto sbb nak sihat.. Tapi bila nak sihat dapat lost weight jugak. Nothing is impossible dengan izin Allah. Alhamdulillah. Tq pada semua yg membantu lagi2 Admins yang baik hati, tak kedekut ilmu dan comel. I love you guys very the strong. :grin::heart: Semoga Allah membalas jasa baik anda semua. #roadto50kg #ketoforlife


Testimoni # 10


Assalamualaikum semua... Hari ni nak share result glukos saya.

Mula dgn hba1c 11.3 FBS 12.7
Lps 3 bulan buat fully keto tp jrg2 IF hba1c 6.2 FBS 8.5 (Dawn phenomenon teruk), masuk bln ke 4, saya teruskan keto dan tambah IF 16.8, dah 6 bln dr mula2 buat keto, hba1c 5.8 dan FBS 5.3.

Mmg ternyata IF banyak bantu cantikkan bacaan glukos. Doc saya td siap ckp Subhanallah, it could be reversible :grimacing::grimacing: Just continue with what you are doing now... Sebelum ni selalu marah bila tau saya buat keto.

Ubat pun mula dgn 2 biji diamicron dan 3 biji metformin, kurang jd 1 diamicron dan 1 metformin, kurang lg kpd 1 metformin je dan stop ubat... Saya cek dxt selalu utk make sure dlm range yg sepatutnya.

Alhamdulillah... Terima kasih pd Dr Hapizi, Ibu Muhaini, admin2 yg x pernah jemu2 berkongsi ilmu dan tips... Hanya Allah sahaja yg dpt balas jasa baik anda semua. Saya bersyukur sgt jumpa grup ni sbb saya diabetes dr thn 2009... Saya nak betul2 reverse diabetes... Kena kejar lg ni... Doakan saya terus istiqomah dan dianugerahkan kesihatan yg baik...


Rangkuman RDO 90 Days Challenge



Seramai kira-kira 183 peserta telah mengambil bahagian dan dipantau ketat oleh para Admins dan Fasilitator RDO
Peserta diwajibkan untuk mempraktikkan RDO Protocol yang terdiri dari intermittent fasting (IF) dan diet keto
Setiap peserta dikehendaki menghantar laporan berat, tekanan darah serta bacaan gula (dxt) bagi yg mempunyai diabetes, setiap hari Isnin
Cabaran ini telah berlangsung selama 12 minggu (10/1/2020 - 13/4/2020) dan telah berakhir
Seramai 4 peserta terbaik telah dipilih sebagai pemenang dan ada hadiah menarik disediakan oleh RDO

Purata penurunan berat adalah sebanyak 6.6 kg dalam masa 90 hari tersebut (sekitar 500 gm seminggu). Ini adalah pencapaian yg agak baik dan konsisten

RDO mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para peserta serta admins/fasilitator yang telah bertungkus-lumus menjayakan projek ini!


Pemenang-pemenang RDO 90 Days Challenge 🥳🥳
=========================================
Tahniah kpd 4 orang pemenang yg telah dipilih oleh Admin/Fasilitator RDO


Mereka telah menunjukkan semangat, kesungguhan, keazaman dan konsistensi yg sangat baik sepanjang cabaran 90 hari
Semoga ia terus berkekalan & terus membantu rakan-rakan lain đź‘Źđź‘Ź

Pemenang #1
🔹 Dr Riffie
  • Hilang sebanyak 16 kg dalam masa 3 bulan


Pemenang #2
🔹 Pn Suzira
  • Hilang sebanyak 12 kg dalam masa 3 bulan



Pemenang #3
🔹 Pn Shila
  • Hilang sebanyak 11.4 kg dalam masa 3 bulan



Pemenang #4
🔹 Pn Noranita
  • Hilang sebanyak 11.2 kg dalam masa 3 bulan

Tahniah sekali lagi !!
Mereka yg telah berjaya menurunkan berat badan tanpa sebarang ubat/supplement & tanpa senaman intensif!
~ Cuma melalui RDO Protocol (IF + diet keto)

No comments:

Post a Comment

Sekapur sirih

Assalamualaikum dan salam sejahtera Blog ini ditubuhkan untuk mengumpul dan menyebarkan info-info tentang RDO (Reverse Diabetes/Ob...

Most popular posts

 
Reverse Diabetes/Obesity (RDO)
Closed group · 2,965 members
Join Group
RDO Protocol.. Terbukti berkesan utk reverse masalah berat badan terlebih, kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi dll... Tanpa ubat Tanpa sup...
 

Interesting youtube videos (IF & keto)

calculate!




Total Pageviews