"Fasting is the first principle of medicine"-Rumi

Disclaimer:

Informasi dalam blog ini tentang intermittent fasting (IF) dan diet ketogenik BUKAN bertujuan untuk menggantikan nasihat, konsultansi, diagnosis dan rawatan dari ahli perubatan yang bertauliah. JANGAN berhenti dari sebarang ubat atau follow-up tanpa pengetahuan doktor anda!

Wednesday 8 August 2018

Bagaimana IF dan keto diet boleh reverse type 2 diabetes

"Saya ada diabetes, saya dengar diabetic x boleh IF"

Ini antara komen-komen yg biasa saya jumpa dalam facebook, whatsapp/telegram group.

Jom kita bincang-bincang sikit tentang penyakit diabetes dalam thread ni...semoga bermanfaat utk diri sendiri, keluarga & kawan2

First - kena tau ada 2 jenis penyakit diabetes...type 1 & type 2



Type 1 ni agak jarang kita jumpa (kira-kira 5% dari jumlah kes). Biasanya didiagnos semasa kecil. Masalah utama dlm type 1 ni, organ pankreas dia tak keluarkan hormon insulin dari awal-awal lagi. Insulin takde langsung. Jadi penyelesaian dia memang kena cucuk insulin dari awal. Pesakit type 1 ni TAK BOLEH IF. w/bagaimanapun mereka boleh amalkan diet rendah karbohidrat (dan perlu adjust dos insulin)

Type 2 diabetes ni yang biasa kita jumpa (95% kes). Biasanya menyerang pesakit dewasa, sekitar umur 30-40-an ke atas. Pun begitu zaman skrg kita semakin ramai jumpa yg umur awal 20-an pun dah dapat type 2 diabetes ni...KIta akan fokus kepada type 2 dlm thread ni...

Second - bolehkah type diabetes ni sembuh (reversed) ?


Kita memang selalu dengar ungkapan ni :-
"Penyakit kencing manis ni x boleh baik sampai bila2..cuma boleh kawal dengan ubat2"

Benarkah begitu?

Kajian2 klinikal beberapa tahun kebelakangan adalah menunjukkan sebaliknya:-

1. Bariatric surgery - iaitu kaedah pembedahan dimana sebahagian organ perut diikat/dilencongkan didapati boleh 'reverse' type 2 DM. maksudnya penyakit diabetes mereka hilang begitu saja lepas operation ni...blh rujuk artikel :
2. Diet kalori rendah





Dalam kajian DiRECT yang diterbitkan dalam journal Lancet awal tahun ini, pengambilan diet kalori rendah (sekitar 800 kalori) didapati boleh 'reverse' penyakit T2D hampir separuh dari subjek
3. Nutritional ketosis



Dalam kajian Virta, sebahagian besar pesakit diabetes berjaya 'reversed' dan boleh 'off' dari ubat mereka selepas 1 tahun mengamalkan ketogenic diet.
4. Intermittent fasting (IF)



Kenapa IF istimewa? Kerana dengan IF boleh mencapai no 1. hingga 3. yang di atas.😊😊

  1. Dengan IF, seolah kita 'ikat perut' iaitu automatik kita akan makan sikit dalam masa satu hari. Dr Jason Fung menggelarkan IF adalah medical bariatric ie sama kesan dengan org yang menjalani bariatric surgery (lihat gambar apa yg dibuat semasa bariatric surgery)
  2. Dengan IF, jumlah kalori yang kita ambil biasanya lebih rendah, sebab kita cuma makan 1-2 kali sehari sahaja
  3. Dan...tujuan IF adalah untuk mencapai keadaan ketosis terkawal. ini sama atau mungkin lebih baik dari kesan dari mengamalkan ketogenic diet.

Dalam satu case report, seorang pesakit T2D berjaya berhenti dari suntikan insulin selepas 2 bulan IF dan diet rendah karbohidrat.


Dan ini 3 case series pesakit T2D yang menunjukkan keberkesanan IF untuk reverse masalah insulin resistance/T2D

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6194375/

Bagaimana Type 2 diabetes boleh sembuh dengan IF?
___________________________________________
IF beserta kombinasi dengan diet rendah karbohidrat (ketogenic diet) adalah sangat berkesan kerana kesan meningkatkan sensitiviti sel terhadap insulin serta kesan menghilangkan lemak2 ektopik (ectopic fat) yang terdapat terutamanya dalam otot, hati dan pankreas.




Cuma 1 gram lemak yang kena dihilangkan dari pankreas untuk reverse diabetes!

“So if you ask how much weight you need to lose to make your diabetes go away, the answer is one gram! But that gram needs to be fat from the pancreas. At present the only way we have to achieve this is by calorie restriction by any means – whether by diet or an operation.”
-Prof Roy Taylor, Newcastle University

Boleh rujuk post terdahulu tentang lemak luaran & dalaman & bagaimana IF membantu:-
Organ-organ dalaman kembali berfungsi, jadi pulihlah penyakit-penyakit seperti diabetes, darah tinggi, kolesterol tinggi dll yang dikatakan tiada penawarnya.

Boleh tonton lecture dari Dr Jason Fung - 







Type 2 diabetes boleh 'reversed' dgn IF dan diet rendah karbohidrat

Nota penting
__________
Sila dapatkan nasihat dan bimbingan dari doktor yg ada pengetahuan dan pengalaman ttg IF. Jangan berhenti ubat yang anda ambil sebelum dinasihatkan berbuat oleh doktor yang bertauliah!
Sebarang kemusykilan blh diajukan dlm ruang komen di thread ini atau blh join group telegram RDO:

1 comment:

  1. The information you have posted is very useful. The sites you have referred was good. Thanks for sharing...
    healthy gut diet plan

    ReplyDelete

Sekapur sirih

Assalamualaikum dan salam sejahtera Blog ini ditubuhkan untuk mengumpul dan menyebarkan info-info tentang RDO (Reverse Diabetes/Ob...

Most popular posts

 
Reverse Diabetes/Obesity (RDO)
Closed group · 2,965 members
Join Group
RDO Protocol.. Terbukti berkesan utk reverse masalah berat badan terlebih, kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi dll... Tanpa ubat Tanpa sup...
 

Interesting youtube videos (IF & keto)

calculate!




Total Pageviews