"Fasting is the first principle of medicine"-Rumi

Disclaimer:

Informasi dalam blog ini tentang intermittent fasting (IF) dan diet ketogenik BUKAN bertujuan untuk menggantikan nasihat, konsultansi, diagnosis dan rawatan dari ahli perubatan yang bertauliah. JANGAN berhenti dari sebarang ubat atau follow-up tanpa pengetahuan doktor anda!

Thursday 15 November 2018

Panduan membaca label makanan dalam diet keto

Di dalam group RDO, admin sering ditanya, boleh atau tidak untuk mengambil sesuatu produk minuman atau makanan. Produk ni lulus keto atau tidak? dan sebagainya.

Apa kata tuan puan belajar sedikit sebanyak ilmu membaca label makanan atau nutrition fact ini. Sangat mudah sebenarnya...lain kali tak perlu tanya @ google dah setiap kali nak beli sesuatu produk, kan? :)

Yang paling penting anda kena sedar adalah, diet keto:

BUKAN merupakan cara pemakanan rendah lemak atau rendah kalori. Ini merupakan diet rendah karbohidrat tinggi lemak. Walaupun banyak info yang tertulis pada nutrition fact tersebut, kita hanya berminat pada TOTAL CARBOHYDRATE makanan tersebut.

Jom kita tengok contoh, untuk lebih memahami:






Ini merupakan perkara-perkara yang perlu anda fokuskan. Yang lain boleh abaikan dulu.

1. Serving size

Maksudnya nutrition fact yang dipaparkan adalah untuk 1 serving size, untuk 100 gm atau sebagainya. Dengan kata lain, untuk sekali anda makan, berapa kandungan carb yang terdapat pada makanan tersebut. Dalam contoh di atas, untuk 1 serving, total carb adalah 5 gm 

2. Tengok total carbohydrate

Dalam contoh di atas, total carb adalah 5 gm

3. Tengok dietary fibre

Fibre (serat) ni adalah carb yang tidak diserap dan dibuang melalui perkumuhan.
Dalam contoh di atas, dietary fibre adalah 3 gm

4. Kira net carb (karbo bersih)

Net carb ini penting untuk diketahui sebab ianya adalah carb yang diserap masuk ke dalam darah dan boleh meningkatkan paras gula darah

Net carb = total carb - dietary fibre

Dalam contoh di atas, 

Net carb = 5-3 = 2 gm.

Jadi setiap kali anda makan 1 serving makanan di atas, sebanyak 2 gm carb akan diserap ke dalam darah anda

5. Tengok ingredients

Perhatikan gula tiruan yang biasanya dicampur dalam makanan/minuman tersebut.

Yang perlu dielakkan adalah sucralose, saccharine dan aspartame

Juga elakkan kalau ada kandungan minyak sayuran (vegetable oils):

Soy, Corn, Canola, Cottonseed, Rapeseed dll




6. Halal . Ini untuk yang Muslim, of course

7. Budget quota carb anda

Dalam RDO PROTOCOL, kami menyarankan jumlah net carb yang diambil sehari adalah tidak melebihi 50 gm. Untuk yang mempunyai diabetis, tidak melebihi 30 gm. Ini untuk mengekalkan anda dalam mode ketosis (mode pembakaran lemak). Jika melebihi paras ini, pembakaran lemak akan terencat.

Jom kita tengok contoh-contoh:

Total carb = 44 gm
Fibre = 3 gm
Net carb = 44-3 = 41 gm 

Jadi dah nak habis quota carb anda untuk hari tu kan (50 gm)
Kalau anda diabetes, dah lebih quota!

Jom lihat contoh lagi 


Ini merupakan nutrition fact untuk mee konjac

Total carb = 4 gm
Dietary fibre = 4 gm 
Net carb = 4-4 = 0 gm

Jadi makanan di atas sangat baik kerana net carb adalah 0! 
Quota carb masih banyak tinggal kan?

Harap penjelasan ini membantu!

-Admin RDO





No comments:

Post a Comment

Sekapur sirih

Assalamualaikum dan salam sejahtera Blog ini ditubuhkan untuk mengumpul dan menyebarkan info-info tentang RDO (Reverse Diabetes/Ob...

Most popular posts

 
Reverse Diabetes/Obesity (RDO)
Closed group · 2,965 members
Join Group
RDO Protocol.. Terbukti berkesan utk reverse masalah berat badan terlebih, kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi dll... Tanpa ubat Tanpa sup...
 

Interesting youtube videos (IF & keto)

calculate!




Total Pageviews