"Fasting is the first principle of medicine"-Rumi

Disclaimer:

Informasi dalam blog ini tentang intermittent fasting (IF) dan diet ketogenik BUKAN bertujuan untuk menggantikan nasihat, konsultansi, diagnosis dan rawatan dari ahli perubatan yang bertauliah. JANGAN berhenti dari sebarang ubat atau follow-up tanpa pengetahuan doktor anda!

Friday 21 December 2018

Bagaimana mengubahsuai (adjust) dose ubat diabetis/insulin semasa IF & diet keto



Anda mempunyai type 2 diabetes dan ingin memulakan RDO Protocol (IF + keto diet)?

Tahniah! Satu langkah yang sangat berani dan bijak untuk kesihatan anda!

Ianya langkah permulaan untuk reverse masalah type 2 diabetes dan tak mustahil anda boleh berhenti dari semua jenis ubat (termasuk insulin!). Ini telah terbukti melalui beberapa orang ahli RDO yang telah mengikuti RDO Protocol dengan tekun dan istiqamah.

Bagaimanapun, anda perlu tahu apa yang anda sedang buat. Apabila memulakan RDO Protocol ini, dose insulin perlu diturunkan. Begitu juga beberapa ubat yang menyebabkan 'hypo' seperti gliclazide (diamicron)

Dengan mengelakkan makanan karbohidrat yang menaikkan paras gula, dengan sendirinya keperluan ubatan/insulin untuk merendahkan gula menjadi semakin tidak perlu. Ini asas penting yang perlu difahami dengan jelas!


Anda perlu membuat ujian gula sendiri di rumah dengan kerap (4 kali sehari) untuk permulaan. Ini untuk memastikan paras gula dapat dilaraskan dengan dose insulin yang baharu supaya mencapai target yang diingini.

Bagi yang telah inject insulin, masa ujian gula yang dicadangkan adalah seperti berikut (rekodkan bacaan gula anda): 

-Sebaik bangun tidur (fasting blood sugar)
-Sebelum makan tengahari
Sebelum makan malam
-Sebelum tidur



Paling baik bila dapat buat catitan seperti jadual berikut:


Contoh pengisian jadual:




Sila dapatkan nasihat doktor dahulu sebelum anda melaraskan dose insulin ini

Kena selalu check simptom hypo (gula < 4) atau simptom2 berikut:



Apa yang perlu dibuat bila hypo?

Ambil 1 biji kurma atau 1/2 biji pisang atau sebiji epal atau sebiji oren atau 1 sudu besar madu dan ulang check gula selepas 15 minit. Kalau masih tinggi, ulang langkah di atas



Jom kita tengok beberapa senario:

1. Type 2 diabetes tanpa makan apa2 ubat

Jika anda sedang mengamalkan RDO Protocol dengan diet saja, atau dah on metformin, teruskan saja. Metformin tidak menyebabkan 'hypo' & boleh diambil semasa IF (semasa pagi, walaupun tak breakfast)

2. Type 2 diabetes dan ubat sulphonylurea seperti gliclazide (diamicron)

Ubat gliclazide ada risiko hypo semasa IF - dose perlu dikurangkan atau dihentikan kalau gula dah terkawal (dapatkan nasihat doktor dahulu) 

3. Type 2 diabetes dan SGLT-2 inhibitors (dapaglifozin (farxiga), canaglifozin (invokana), empaglifozin (jardiance)

Ada risiko euglycaemic diabetic ketoacidosis  apabila mengambil ubatan ini semasa IF & keto diet. Dinasihatkan berhenti dari ubat ini (menurut Dr Eric Westman, pakar keto diet)





4. Type 2 diabetes dan mengambil suntikan insulin

Jenis-jenis insulin :

  • Prandial - cucuk sebelum makan
  • Basal insulin (intermediate/long acting) - cucuk 1 atau 2 kali sehari 
  • Premixed insulin (kombinasi short + intermediate acting)
Dos insulin kena dikurangkan 30-50% dari dos asal apabila memulakan IF/diet keto.

Snapshot dari Reference (4)

Lebih selamat dalam keadaan gula tinggi sedikit (hyperglyacemia) dari gula sangat rendah (hypoglyacemia)


Sumber : CPG-Malaysian Guideline of Management of type 2 DM, 2015

Sebelum tu kita tengok garispanduan dari Diabetes and Ramadan: Practical Guidelines International Diabetes Federation (IDF), in collaboration with the Diabetes and Ramadan (DAR) International Alliance April 2016. 
Ini pengubahsuaian dose insulin yang perlu dibuat semasa puasa Ramadan





Berdasarkan guideline di atas, garispanduan yang saya nyatakan di bawah adalah cadangan bagi yang membuat IF 16:8 (makan agak berat semasa tengahari dan agak ringan semasa malam) dan mengambil suntikan insulin

Perubahan kepada long acting/short acting insulin semasa IF:


Cara modifikasi insulin berdasarkan paras gula:

Perubahan kepada pre-mixed insulin semasa IF:


Ringkasan (dari reference (3))




Ringkasan dari Reference (4)

Jom lihat beberapa contoh pengubahsuaian yang perlu dilakukan semasa IF/diet keto bagi yang mengambil suntikan insulin:


Contoh 1

Pn. A, pesakit diabetes jenis 2 yang mengambil suntikan insugen-R (short acting insulin) 20 unit 3 kali sehari sebelum makan dan insugen-N (intermediate acting insulin) 16 unit sebelum tidur. Pn. A baru hendak memulakan IF 16:8 (skip breakfast, makan lunch dan dinner)/diet keto.

Apa yang perlu dilakukan oleh Pn. A adalah:
  • Skip insugen-R yang pagi sebab beliau skip breakfast
  • Teruskan insugen-R sebelum lunch dan dinner. Monitor gula darah dan adjust dos insugen-R berdasarkan Jadual B. Check juga gula 2 jam selepas makan (target 4-8)
  • Kurangkan insugen-N sebanyak 30% iaitu 4 unit menjadi 12 unit sebelum tidur
  • Monitor gula darah 4 kali sehari - awal pagi sebaik bangun tidur, sebelum lunch, sebelum dinner dan sebelum tidur


Contoh 2

En. B, pesakit diabetes jenis 2 yang mengambil suntikan insugen 30/70 (premixed insulin) 40 unit pagi dan 30 unit sebelum dinner. En B juga bercadang melakukan IF 16:8 (skip breakfast, makan lunch dan dinner)/diet keto

Apa yang perlu dilakukan oleh En. B adalah:
  • Bawa suntikan insugen 30/70 sebelum lunch kerana beliau skip breakfast
  • Turunkan dos insugen 30/70 sebanyak 30% (12 unit) menjadi 26 unit. Check gula 2 jam selepas makan (target 4-8)
  • Turunkan dos insugen 30/70 sebanyak 30% (9 unit) menjadi 21 unit. Check gula 2 jam selepas makan (target 4-8)


Bottom line: 

1) Monitor dxt (gula) dengan rapat, sekurang-kurangnya 4 kali sehari semasa tempoh pengubahsuaian. Minta bantuan dari doktor anda @ diabetes nurse educator

2) Watch out simptom hypo. Ini lebih bahaya dari hyper

3) Stop ubat SGLT-2 inhibitor apabila ingin memulakan IF/keto kerana risiko euglycaemic ketoacidosis. Bagitahu doktor anda

4) Ubat sulphonylurea seperti gliclazide juga perlu dikurangkan dos secara perlahan-lahan kerana risiko hypo

5) Dos insulin perlu dikurangkan 30-50% apabila memulakan IF/keto


Reference:







2 comments:

  1. how to boost male vitality and super male vitality™ and whats the exact equivalant to super male vitality? herbal male vitality is a male enhancement system reviews super male vitality memes super male vitality amazing whats in super male vitality super male vitality is amazing deep voice male vitality naperville il life extension, male vitality male vitality superfood supplement super male vitality recommended dosage best supplements for increasing male vitality super male vitality allergic reaction male vitality vitamins There’s not a lot of to stress whether or not you have little penis syndrome as a result of there are Vitality Rx ways in which out of that too. All your sexual barriers can break once you begin taking this supplement. The unhappy part is that some folks have fully avoided sex in their life as a result of of their issues and they have to be empowered again. Visit here for more info Vitality RX Review is a one of the more up to date male improvement supplements available.
    http://www.cureidea.com/vitality-male-enhancement/

    ReplyDelete
  2. Hey, I even have looking your article and that helped me to put in writing my article about dr. ryan shephard you want to have a test on my article.

    ReplyDelete

Sekapur sirih

Assalamualaikum dan salam sejahtera Blog ini ditubuhkan untuk mengumpul dan menyebarkan info-info tentang RDO (Reverse Diabetes/Ob...

Most popular posts

 
Reverse Diabetes/Obesity (RDO)
Closed group · 2,965 members
Join Group
RDO Protocol.. Terbukti berkesan utk reverse masalah berat badan terlebih, kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi dll... Tanpa ubat Tanpa sup...
 

Interesting youtube videos (IF & keto)

calculate!




Total Pageviews