"Fasting is the first principle of medicine"-Rumi

Disclaimer:

Informasi dalam blog ini tentang intermittent fasting (IF) dan diet ketogenik BUKAN bertujuan untuk menggantikan nasihat, konsultansi, diagnosis dan rawatan dari ahli perubatan yang bertauliah. JANGAN berhenti dari sebarang ubat atau follow-up tanpa pengetahuan doktor anda!

Sunday 12 June 2022

Diabetes dan penyakit jantung

 Oleh: Dr Hapizi

Saya mulakan dengan berita buruk dan baik untuk yang mempunyai diabetes.

Berita buruk:

1. Pesakit diabetes mempunyai risiko 2-3 kali ganda berbanding non-diabetic untuk mendapat masalah jantung

2. Pesakit diabetes dikalangan lelaki mempunyai risiko tinggi untuk mendapat masalah lemah tenaga batin (erectile dysfunction, ED), malah ED adalah petanda awal seseorang telah mempunyai masalah jantung aterosklerosis (salur darah jantung tersumbat), walaupun belum mempunyai simptom jantung.

Berita baik:

Penyakit diabetes (type 2) adalah suatu penyakit yang boleh reverse dengan amalan IF dan diet ketogenic sehingga anda boleh bebas darinya!



"Because the first stage of atherosclerosis, endothelial dysfunction, usually affects the penis first, ED can be a warning sign that a heart attack or a stroke may follow, often in the next 3 to 5 years. This warning sign can be a good thing if it alerts you and your doctor that you have atherosclerosis, because then you can take steps to treat the atherosclerosis and prevent a heart attack or stroke"



Anda cuma perlu tahu ilmu dan guide yang betul untuk reverse type 2 diabetes!

Sila join RDO Community untuk mendapat group support dan bimbingan dari mereka yang telah berjaya. Percuma sahaja, dan tanpa perlu beli apa-apa supplement!



Mekanisma bagaimana diabetes menyebabkan masalah aterosklerosis jantung

1. Paras gula yang tinggi (hyperglycaemia) merosakkan endothelial glycocalyx (eGCX)

Apa itu eGCX? Saya telah menulis secara ringkas tentang eGCX di hantaran ini

Secara mudah faham, eGCX merupakan 'rerambut' halus pada lapisan dalam endothelium (salur darah). Bila gula tinggi, rerambut halus ini rosak, dan kolesterol senang melekat pada lapisan bawah endothelium lalu menyumbat salur darah





2. Hyperglycaemia/hyperinsulinaemia (paras insulin yang tinggi dalam darah) menyebabkan darah senang membeku (prothrombotic state)



3. Diabetes/insulin resistance syndrome cenderung menghasilkan atherogenic lipid triad (High triglyceride, low HDL, high small dense LDL). 

Ini adalah resipi yang senang menyumbat saluran darah.
Apabila seseorang mengamalkan low carb/keto diet, yang sebaliknya akan berlaku (paras triglyceride menurun, paras HDL meningkat, dan paras small dense LDL akan menurun)




4. Insulin resistance/hyperinsulinaemia menyebabkan penghasilan nitric oxide (NO) pada lapisan endothelium menurun. 

NO adalah bahan penting untuk membuka salur darah (vasodilatation). Jika parasnya menurun, salur darah akan menyempit.



Begitulah antara mekanisma bagaimana jika gula tidak terkawal dalam pesakit diabetes, yang seterusnya melonjakkan paras insulin (hyperinsulinaemia) lalu meningkatkan risiko penyumbatan salur darah.

Untuk bacaan yang lebih detail, diberikan rujukan di bahagian bawah artikel.


Bagaimana mencegah dan mengatasi masalah di atas?

Tentu sekali dengan mengawal paras gula dengan baik, seterusnya menurunkan hyperinsulinaemia, dengan target untuk mencapai HbA1c normal (<5.5%). 

Apa yang menjadi target dalam RDO Community adalah reverse diabetes, barulah anda bebas dari risiko-risiko jantung seperti di atas.


Mari renungkan..adakah anda berpuashati dengan HbA1c < 7% seperti saranan KKM ini?


Jawapan saya..tidak..lihat rajah dibawah:


Kadar penyakit kardiovaskular mulai meningkat dengan ketara (petak kuning) selepas HbA1c > 5.5 %. Kajian terbaru juga menunjukkan risiko mendapat serangan jantung meningkat bagi pesakit prediabetes (Hba1c > 5.5 %)






Ini adalah target RDO untuk pesakit-pesakit type 2 diabetes


Semoga artikel ringkas ini menyuntik semangat untuk reverse dari masalah type 2 diabetes anda.

Mulakan IF dan low carb/keto diet dan sertai group2 sokongan seperti RDO Community, IFM, PMLS dan lain2.

Success story

Kejayaan terbaru ahli RDO Community hari ini, Pn L, HbA1c 10.7 % (2021) mencapai HbA1c 4.9 % selepas 5 bulan dan mantain 5.0% tahun ini (2022):


"As salam..jutaan terima kasih buat doktor & admin group..alhamdulillah setahun tanpa ubat..hr ni ambil result..hba1c 5.0%..."



RDO Community Telegram (https://t.me/+lLOeYyYZ0GgyNjQ1)


Further reading:






7. Dietary Recommendations for Familial Hypercholesterolaemia: an Evidence-Free Zone | BMJ Evidence-Based Medicine



Sekapur sirih

Assalamualaikum dan salam sejahtera Blog ini ditubuhkan untuk mengumpul dan menyebarkan info-info tentang RDO (Reverse Diabetes/Ob...

Most popular posts

 
Reverse Diabetes/Obesity (RDO)
Closed group · 2,965 members
Join Group
RDO Protocol.. Terbukti berkesan utk reverse masalah berat badan terlebih, kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi dll... Tanpa ubat Tanpa sup...
 

Interesting youtube videos (IF & keto)

calculate!




Total Pageviews