"Fasting is the first principle of medicine"-Rumi

Disclaimer:

Informasi dalam blog ini tentang intermittent fasting (IF) dan diet ketogenik BUKAN bertujuan untuk menggantikan nasihat, konsultansi, diagnosis dan rawatan dari ahli perubatan yang bertauliah. JANGAN berhenti dari sebarang ubat atau follow-up tanpa pengetahuan doktor anda!

Wednesday 25 December 2019

Apa itu Extended Fasting (EF) & Bagaimana Nak Buat?

Oleh:Admin RDO

Extended fasting (EF) dan prolonged fasting (PF) agak popular dilakukan oleh warga RDO/IFM yang ingin mendapat manfaat yang lebih dari terapi puasa itu sendiri.

Antara kelebihan utama EF berbanding IF adalah peningkatan aktiviti autophagy, growth hormone dan stem cells dalam semua tisu dan organ tubuh.(ref)

Ramai yang risau untuk EF/EF takut kebuluran dan sebagainya. Tahukah anda, jika berat anda 70 kg, ada sekitar 15 kg lemak tersimpan. Tenaga dari lemak ini adalah 140,000 kcal yang dianggarkan cukup untuk bertahan selama 78 hari jika anda tak makan apa-apa!



Dalam post ini, kami akan fokus kepada EF/PF.

EF/PF mesti dibuat dibawah pemantauan ahli perubatan dan mereka yang berpengalaman. Dinasihatkan anda join group EF RDO sebelum bermula.Klik -->

(https://t.me/joinchat/ASBNnhavRTCrnHmj1y9PRQ)


Definisi:
  • EF - Extended Fasting (berpuasa lebih dari 24 jam hingga 48 jam)
  • PF - Prolonged Fasting (berpuasa lebih dari 48 jam)
  • Wet fast (Puasa basah) - puasa tapi boleh minum air
  • Dry fast (puasa kering) - puasa tanpa minum air

Kaedah EF ini banyak dipopularkan oleh Cole Robinson dengan gelaran 'Snake Diet' (boleh cari video di youtube). Walaubagaimanapun dalam tradisi Islam sendiri, EF/PF ini bukanlah sesuatu yang asing dikalangan para sahabat Nabi.

Dikhabarkan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq cuma makan setiap 6 hari (Syeikh Abdul Qadir al-Mandili, Kitab Penawar Bagi Hati)



Pusingan makan dan puasa


Kita tidak dapat lari dari pusingan makan (fed state) dan puasa (fasted state). Dalam keadaan normal, pusingan ini seimbang seperti yin dan yang. Apabila kita banyak dalam keadaan makan (fed state) terutamanya kerap makan sehingga 5-6 kali sehari, tambahan lagi dengan makanan tinggi karbohidrat yang diproses, maka berlakulah lonjakan (spike) hormon insulin yang berakhir dengan penyimpanan lemak, keradangan dan timbulnya pelbagai penyakit metabolik seperti obesiti, diabetes, darah tinggi, kolesterol, kanser dan lain-lain.

Untuk reverse dari masalah ini, kita terpaksa melebihkan waktu puasa (fasting state) supaya lebihan simpanan gula (glycogen) dan lemak yang terkumpul yang membawa penyakit 'dibakar'.


Monday 23 December 2019

Nasi Lemak Makanan Menyihatkan Untuk Diet?

Oleh: Admin RDO



Kami mendapat informasi tentang nasi lemak-makanan popular rakyat Malaysia dipromosi sebagai makanan sihat untuk berdiet. Berdasarkan carian artikel di internet, informasi ini telah berlegar di laman-laman sesawang popular semenjak tahun 2016 lagi. Sebagai contoh, lihat di: http://www.utusan.com.my/…/nasi-lemak-makanan-sihat-untuk-s…

Ini susulan artikel majalah Time yang menyenaraikan 10 jenis sarapan dari 10 jenis negara yang dikatakan ‘sihat’. Lihat di: https://time.com/4254125/healthy-international-breakfast/. Pada asasnya dalam artikel tersebut, (sebenarnya dipetik dari sumber asal eatthis.com di sini: https://www.eatthis.com/breakfast-around-the-world/), bukanlah mengiktiraf sarapan-sarapan tersebut sebagai terbaik, tetapi cuma dikatakan ‘lebih baik’ dari sarapan standard rakyat Amerika Syarikat. Ini hanya menurut pandangan penulis dan tidak disertakan dengan bukti mana-mana kajian saintifik.

Di dalam artikel Utusan Malaysia tersebut, antara sebab nasi lemak dikatakan menyihatkan adalah:

1. Nasi lemak mempunyai indeks glisemik yang agak rendah kerana dicampur santan
2. Kebaikan santan dalam nasi lemak yang mempunyai asid lemak yang terdiri dari rantai lemak sederhana panjang (medium chain fatty acids, MCFA)
3. Kebaikan cili api dalam sambal nasi lemak sebagai agen anti-oksida dan anti-kanser
4. Kebaikan kacang tanah dalam nasi lemak kerana tinggi protein serta zat galian lain
5. Kebaikan ikan bilis dan telur sebagai sumber protein dan lemak sihat
6. Kebaikan timun yang membekalkan zat galian seperti potassium

Benarkah fakta-fakta di atas? Atau ianya juga merupakan andaian penulis?

Kami akan lebih memfokus kepada fakta sebenar untuk pernyataan nombor 1 dan 2. Yang selebihnya, kami bersetuju dengan fakta-fakta tersebut.


Tuesday 10 December 2019

Susu untuk penghidap diabetes-membantu atau sebaliknya?

Oleh: Dr. Hapizi

Admin RDO sentiasa menerima pertanyaan;

'Saya ambil susu jenama X, sesuaikah untuk diabetes?'
'Doc, susu jenis apa yang sesuai untuk yang ada diabetes?'

Jom kita kupas fakta tentang susu, terutama untuk yang ada diabetes atau yang menjalani diet keto.

Sebelum itu, kena tahu quota karbohidrat bersih (net carbs) untuk sehari, untuk kekal dalam ketosis:


Quota net carbs < 50 gm sehari
< 30 gm jika ada diabetes



Bagi yang belum mahir untuk baca label keto, boleh baca di sini.

Salah satu jenama susu 'X' yang dipromosi untuk diabetes:







Sekapur sirih

Assalamualaikum dan salam sejahtera Blog ini ditubuhkan untuk mengumpul dan menyebarkan info-info tentang RDO (Reverse Diabetes/Ob...

Most popular posts

 
Reverse Diabetes/Obesity (RDO)
Closed group · 2,965 members
Join Group
RDO Protocol.. Terbukti berkesan utk reverse masalah berat badan terlebih, kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi dll... Tanpa ubat Tanpa sup...
 

Interesting youtube videos (IF & keto)

calculate!




Total Pageviews