Oleh:
Dr Hapizi (drhapizi@gmail.com)
Artikel ringkas ini ingin menyorot tentang long covid, kaitan dengan histamine/mast cell activation syndrome (MCAS), bagaimana diet/supplement yang sesuai diambil dll. Bagi pengamal keto, ada beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan apabila anda mengalami long covid ini. Sila ambil perhatian, semoga membantu ke arah penyembuhan lebih cepat, insyaa Allah..
Pengenalan
SARS-CoV-2 infection (COVID-19) adalah pandemik yang melanda dunia semenjak pertama kali dikesan di Wuhan, China pada Disember 2019.
Sehingga hari ini, telah berlaku 6.15 juta kematian di seluruh dunia dengan jumlah kes dikesan sebanyak 483 juta ++ (1)
Di Malaysia pula, sebanyak 34,832 kematian dicatatkan dengan jumlah kes sebanyak 4 juta lebih. (2)
Bagi yang mendapat jangkitan Covid-19, 80% dari mereka adalah pada tahap ringan - sederhana. Manakala bagi yang mendapat jangkitan serius, 5% berakhir dengan komplikasi kritikal (3)
Lebih dari 40% Covid-19 survivors di seluruh dunia mendapat kesan jangka panjang selepas sembuh, dipanggil long covid (4)
Di Malaysia, dianggarkan 10-15% pesakit yang positif, mengalami long covid. (5). Sehingga kini terdapat kira-kira 12, 654 menderita masalah ini. (6)
Apa itu Long COVID (menurut National Institute for Health and Care Excellence (NICE) UK) (7)
Definisi: Tanda-tanda dan simptom yang dialami berterusan selepas jangkitan acute COVID-19. Ini termasuk ongoing symptomatic COVID-19 (dari 4-12 minggu) dan post-COVID-19 syndrome.
- Acute COVID-19
- Tanda dan simptom COVID-19 sehingga 4 minggu
- Ongoing symptomatic COVID-19
- Tanda dan simptom COVID-19 dari 4 minggu hingga 12 minggu
- Post-COVID-19 syndrome
- Tanda dan simptom yang dialami semasa atau selepas jangkitan COVID-19 dan berterusan lebih dari 12 minggu dan tidak ada diagnosis lain
Tanda-Tanda dan Simptom Long Covid
- Kelesuan (79.2 %)
- Sesak nafas apabila melakukan aktiviti tertentu (52.6%)
- Batuk (17.2 %)
- Kesukaran tidur (14.6%)
- Keresahan (10.6%)
- Banyak dari proses hyperinflammation yang berlaku dalam COVID-19 adalah konsisten dengan inflammation yang disebabkan mast cells
- Kadar (prevalence) penyakit COVID-19 teruk adalah sama dengan mast cell activation syndrome (MCAS) ~ 17%
- Ubat-ubatan yang merencat mast cell mempunyai kesan baik dalam rawatan COVID-19
- MCAS yang disebabkan disfungsi mast cell (terlebih aktif) mungkin punca utama dalam penyakit akut mahupun kronik COVID-19
Mast cell yang aktif dengan kemasukan virus COVID-19, seterusnya membebaskan histamine dan mencetuskan inflammation. Sumber: 11
Satu lagi video interview dengan Dr Tina Peers (https://www.drtinapeers.com/longcovid), seorang pakar O & G yang banyak merawat pesakit long covid serta mengkaji tentang MCAS/histamine intolerance
4 Step Rawatan untuk long covid disebabkan MCAS
Apa itu mast cells dan histamine
Mast cells adalah salah satu sel imun yang terdapat di seluruh tubuh kita terutama di dalam mulut dan lapisan usus, kulit dan paru-paru. Ia juga terdapat pada salur darah, otot licin, mukosa dan folikel rambut (12). Mast cell berfungsi terutamanya dengan sistem pertahanan tubuh dengan membebaskan bahan seperti histamine apabila terdapat allergen atau benda asing memasuki tubuh.
- Low-no histamine diet
- Supplements
- Anti-histamine
- Prescription medicine
- Low histamine diet
- Vitamin D (menstabilkan mast cells, mengawal sistem imun dan anti-inflamasi). Start dengan dos 1000 IU sehari dan naikkan dos berdasarkan paras vitamin D darah (21)
- Vitamin C (anti-histamine semulajadi). Dos 2-3 gram sehari
- Niacin (Vitamin B3) (merencat pembebasan histamine dari mast cell) (22). Dos: 300-1000 mg sehari (23)
- Quercetin (menstabilkan mast cell) (24)
- Zinc (merencat pembebasan histamine dari mast cell) (25). Dos: 50 mg sehari
- Selenium (mengurangkan aktiviti mast cell) (26). Dos: 100-200 mcg sehari. maksimum 400 mcg
- Magnesium (diperlukan untuk pembentukan enzim DAO) (27). Dos: 310-420 mg sehari
- Contoh: Loratidine, Cetirizine, Telfast. Ambil dos lebih tinggi dari biasa - 2-3 tablet sehari
4. Prescription Medicine
- H2 receptor antagonist. Contoh: famotidine 20 mg bd
- Mast cell stabilisers. Contoh: Ketotifen 1 mg bd
Penutup dan Kesimpulan
1. Long Covid mempunyai hubung kait yang rapat dengan mast cell activation syndrome (MCAS)/histamine intolerance
2. Rawatan untuk MCAS/histamine intolerance ialah dengan pengambilan diet rendah histamine yang asasnya ialah makanan segar tanpa diawet dan diproses. Beberapa supplement/ubatan seperti anti-histamine dan mast cell stabilisers juga mungkin perlu ditambah untuk membantu proses penyembuhan
3. Bagi pengamal keto, perhatikan makanan/minuman yang mempunyai kandungan histamine yang tinggi - elakkan
Rujukan
1. https://www.worldometers.info/coronavirus/
2. https://www.worldometers.info/coronavirus/country/malaysia/
3. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC8056514/
4. https://www.webmd.com/lung/news/20211118/millions-worldwide-long-covid-study
5. https://www.nst.com.my/news/nation/2022/02/774666/khairy-long-covid-affects-10-15-pc-people
6. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/864871/12654-pesakit-menderita-long-covid-khairy
9. https://academic.oup.com/omcr/article/2019/5/omz029/5509827
10. https://www.ijidonline.com/article/S1201-9712(20)30732-3/fulltext
12. https://www.frontiersin.org/articles/10.3389/fimmu.2015.00620/full
13. https://www.mdpi.com/2075-1729/10/4/50/htm
14. https://www.mdpi.com/2218-273X/10/8/1181/htm
15. https://www.diagnosisdiet.com/full-article/histamine-intolerance
16. https://www.immunoloco.com/en/3-controversial-amino-acids-histamine-intolerance-mcas/
17. https://www.healthline.com/health/histamine-intolerance#outlook
18. https://www.jstage.jst.go.jp/article/fstr/22/1/22_1/_pdf