"Fasting is the first principle of medicine"-Rumi

Disclaimer:

Informasi dalam blog ini tentang intermittent fasting (IF) dan diet ketogenik BUKAN bertujuan untuk menggantikan nasihat, konsultansi, diagnosis dan rawatan dari ahli perubatan yang bertauliah. JANGAN berhenti dari sebarang ubat atau follow-up tanpa pengetahuan doktor anda!

Sunday 8 May 2022

3 Tips Mudah Untuk Membakar Lemak Badan

 


Mungkin ada yang bertanya rasional di sebalik 3 tips di atas

Okey saya jelaskan di sini.


Sebenarnya, untuk 'membakar' lemak (burn fat), ada 2 syarat utama:

1. Anda kena habiskan dahulu simpanan glycogen iaitu simpanan karbohidrat di dalam liver

2. Anda tidak melonjakkan (spike) paras hormon insulin semulajadi di dalam darah.


Penjelasan








Manusia secara umumnya menggunakan 2 sumber utama tenaga - karbohidrat atau lemak

Ibarat seperti kereta hibrid, kita hanya boleh menggunakan salah satu darinya pada sesuatu masa.

Maksudnya, jika anda menggunakan karbohidrat sebagai sumber tenaga, lemak tidak akan digunakan dan kekal disimpan dalam badan.

Sebaliknya jika sumber karbohidrat telah kehabisan, badan kita akan 'terpaksa' menggunakan lemak. Dengan kata lain, badan kita akan membakar lemak 



Jika anda perhatikan rajah di atas, cuma terdapat 0.2 kg glycogen di dalam tubuh seseorang yang berat 70 kg. Ini cuma dapat memberikan tenaga reserve untuk 0.4 hari (9.6 jam). Biasanya kita ambil figure mudah selama 12 jam.

Sebaliknya terdapat kira-kira 15 kg lemak (fat) yang membolehkan seseorang manusia bertahan kira-kira 78 hari tanpa makan!

Berdasarkan fakta-fakta di atas, sebab itulah kita menyarankan IF selama 16 jam setiap hari untuk membakar lemak:


12 jam pertama selepas anda last makan, tubuh anda akan bergantung kepada glycogen sebagai sumber tenaga, sampai ianya habis.

Jika anda terus berpuasa sehingga 16 jam, 4 jam terakhir adalah tempoh berlakunya pembakaran lemak yang pesat!

Okey! itu menerangkan tentang syarat nombor 1 untuk membakar lemak, iaitu habiskan simpanan glycogen (IF sekurang-kurangnya 12 jam, optimum selama 16 jam).

Kita pergi ke syarat no 2 - tidak melonjakkan (spike) hormon insulin.




Insulin adalah ibarat 'suis' yang mengawal samada lemak dibakar atau disimpan.

Lonjakan (spike) insulin berlaku bila kita mengambil minuman/makanan yang tinggi gula/karbohidrat






Jika anda merujuk rajah di atas, jelas kelihatan, semakin tinggi insulin dalam darah (hasil mengambil minuman/makanan tinggi gula/karbohidrat), akan semakin rendah kadar fat breakdown (pembakaran lemak).

Jadi, kesimpulannya, untuk membakar lemak, paras insulin perlu direndahkan ke paras paling rendah dengan meminumkan pengambilan gula dan karbohidrat.

Diharap penjelasan ini memberi sedikit sebanyak kefahaman, rasional disebalik 3 tips untuk bakar lemak, dalam video di atas.

Kalau tak faham pun takpe, follow saja 3 tips di atas, insyaa Allah, anda akan mendapat hasilnya.

Recap:

3 Tips Utama Untuk Bakar Lemak:

1. Stop sebarang jenis gula
2. Banyakkan berpuasa/IF
3. Kurangkan pengambilan karbohidrat seperti nasi


Sekapur sirih

Assalamualaikum dan salam sejahtera Blog ini ditubuhkan untuk mengumpul dan menyebarkan info-info tentang RDO (Reverse Diabetes/Ob...

Most popular posts

 
Reverse Diabetes/Obesity (RDO)
Closed group · 2,965 members
Join Group
RDO Protocol.. Terbukti berkesan utk reverse masalah berat badan terlebih, kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi dll... Tanpa ubat Tanpa sup...
 

Interesting youtube videos (IF & keto)

calculate!




Total Pageviews