"Fasting is the first principle of medicine"-Rumi

Disclaimer:

Informasi dalam blog ini tentang intermittent fasting (IF) dan diet ketogenik BUKAN bertujuan untuk menggantikan nasihat, konsultansi, diagnosis dan rawatan dari ahli perubatan yang bertauliah. JANGAN berhenti dari sebarang ubat atau follow-up tanpa pengetahuan doktor anda!

Saturday 2 June 2018

Tentang PCOS Dan Bagaimana IF Boleh Membantu


Ini merupakan post saya dalam Facebook Group Intermittent Fasting Malaysia baru-baru ini. Link di sini

➤➤➤➤➤➤➤

Apa itu PCOS dan bagaimana IF membantu?

♀️Puan Nina (nama samaran), berusia 25 tahun telah berkahwin 5 tahun dan belum dikurniakan cahaya mata. Beliau datang ke klinik atas masalah ketidaksuburan yang dihidapinya. Simptom lain yang beliau hidapi adalah period yang tidak teratur, jerawat, berat badan yang semakin meningkat dan keguguran rambut.
Pemeriksaan fizikal mendapati beliau seorang yg obes (berat 80 kg, tinggi 156 cm, BMI 32.9),agak murung, tekanan darah 150/100. Terdapat bulu halus pada bahagian muka, kulit muka berjerawat dan berminyak, banyak ‘skin tags’ didapati sekitar leher dan bahu serta pigmen hitam sekitar belakang leher. Pemeriksaan ultrasound mendapati banyak cyst pada kedua-dua ovari. Pemeriksaan darah selepas itu confirmed diagnosis PCOS Puan Nina.

Apa itu PCOS (PolyCystic Ovarian Syndrome)?

PCOS adalah antara masalah hormon wanita yang paling biasa ditemui. Punca utamanya belum diketahui secara jelas, tetapi faktor genetik juga menyumbang peranan yang besar disamping faktor pemakanan dan gayahidup yang tidak sihat.














Ciri-ciri utama PCOS:-

💡1. Anovulasi (telur dalam indung telur (ovari) yang tidak matang dan tidak ‘terlepas’ utk persenyawaan)- akibatnya period menjadi tidak teratur dan sukar hamil
2. Hyperandrogenism (terlebihnya hormon kelelakian iaitu testosterone) dalam sistem darah pesakit tersebut – akibatnya timbul ciri-ciri kelelakian seperti bulu-bulu halus seperti misai, jerawat serta rambut gugur bahagian depan
3. Insulin resistance (kerintangan insulin) – akibatnya timbul masalah seperti obesiti, gula darah meningkat serta tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dsb

Patofisiologi PCOS




Pathological events in PCOS. Ovarian hyperandrogenism is very common in PCOS and contributes to several abnormalities including hirsutism, oligo-anovulation, and PCOM. LH secretion from pituitary gland is needed for the ovarian androgen production, but other factors such as hyperinsulinism and obesity are also necessary for full-blown pathogenesis of PCOS. Insulin resistance, which is very common in PCOS leads to hyperinsulinemia, which stimulates theca cells and aggravates hyperandrogenism. Excess insulin along with androgen, luteinize granulosa cells prematurely. Adipogenesis is another abnormality resulting from hyperinsulinism. Elevated androgens coming from theca cells in turn stimulate pituitary and cause LH excess, which worsens hyperandrogenism. These changes in granulosa cells further exacerbate PCOM and lead to oligo-anovulation. PCOS, polycystic ovary syndrome; PCOM, polycystic ovarian morphology; LH, luteinizing hormone.(5)

Peningkatan 2 hormon utama iaitu luteinising hormone (LH) dan insulin adalah punca utama yang bertindak secara sinergi yang mengakibatkan pertumbuhan ovari, penghasilan hormon androgen serta pembentukan cyst dalam ovari.

Ref: BMJ Best Practice:Polycystic Ovarian Syndrome


Hasil penyelidikan terbaru mengarah kepada masalah insulin resistance (IR) serta akibat dari IR ini iaitu peningkatan hormon insulin (hyperinsulinaemia) yang memainkan peranan besar sebagai penyebab hyperandrogenism yang seterusnya berakhir dengan anovulasi (telur tidak boleh ‘ditetas’)






Memandangkan peranan besar insulin sebagai ‘pencetus’ masalah ini, pelbagai regim intermittent fasting telah dikaji dan sememangnya didapati berkesan menurunkan IGF-1, IGFBP-1, glucose serta insulin yang mana ini mempunyai kesan yang baik terhadap fungsi ovari, menurunkan paras hormon androgen serta membantu masalah ketidaksuburan dalam penghidap PCOS.

🔔Ringkasnya intermittent fasting serta diet rendah karbohidrat boleh membantu masalah PCOS ini.💥

Diagnosis & Rawatan PCOS

Bagi puan-puan yang rasa-rasa mempunyai tanda-tanda PCOS ini, dinasihatkan untuk berjumpa doctor pakar sakit puan untuk menjalani pemeriksaan darah, ultrasound serta rawatan hormon tertentu dan follow-up.

Great lecture for recap:-





Dalam masa yang sama, untuk rawatan komplimentari, saya sarankan mendalami serta menjalani intermittent fasting serta diet rendah karbohidrat. Insya Allah ianya akan banyak membantu kerana puan2 terus ‘tackle’ kepada punca masalah tersebut.


Selamat berusaha untuk pulih dari masalah PCOS puan2 dan harap sesiapa yang mempunyai masalah ini dapat berinteraksi dan berkongsi pengalaman dalam thread ini.

Beberapa comment pembaca yang telah berjaya merawat PCOS setelah mengamalkan IF sebelumnya:







Rujukan:-


-Ibn Abdullah @ Dr Hapizi

-Boleh join group RDO dan berinteraksi dgn saya di sini:

Updated on 17/4/2019:

Lecture from Dr Nadia & Dr Jason Fung on pathophysiology of PCOS & how IF with keto diet can help

https://denversdietdoctor.com/dr-nadia-pateguana-dr-jason-fung-polycystic-ovary-syndrome/

 


No comments:

Post a Comment

Sekapur sirih

Assalamualaikum dan salam sejahtera Blog ini ditubuhkan untuk mengumpul dan menyebarkan info-info tentang RDO (Reverse Diabetes/Ob...

Most popular posts

 
Reverse Diabetes/Obesity (RDO)
Closed group · 2,965 members
Join Group
RDO Protocol.. Terbukti berkesan utk reverse masalah berat badan terlebih, kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi dll... Tanpa ubat Tanpa sup...
 

Interesting youtube videos (IF & keto)

calculate!




Total Pageviews