"Fasting is the first principle of medicine"-Rumi

Disclaimer:

Informasi dalam blog ini tentang intermittent fasting (IF) dan diet ketogenik BUKAN bertujuan untuk menggantikan nasihat, konsultansi, diagnosis dan rawatan dari ahli perubatan yang bertauliah. JANGAN berhenti dari sebarang ubat atau follow-up tanpa pengetahuan doktor anda!

Wednesday 10 July 2019

Apa Itu Ujian Gula Berpasangan (Paired-Glucose Testing)

Ujian Gula Berpasangan (Paired-Glucose Testing) atau dengan ringkasnya Paired-Testing biasanya dibuat sebelum dan selepas makan ataupun sebelum dan selepas bersenam.

Tujuan ia dibuat adalah untuk mengetahui effect sesuatu makanan tersebut atau senaman terhadap kenaikan paras gula. Ini supaya pesakit diabetes dapat mengagak atau mengelakkan makanan tertentu yang didapati menaikkan (spike) paras gula.

Kajian mendapati Paired-Testing ini berkesan untuk mengawal paras gula, terutama bagi yang menghidap diabetes tak terkawal (1).

Bagaimana melakukan Paired-Testing?
  • Periksa gula (dxt) sebelum makan - buat catatan
  • Periksa gula (dxt) selepas 2 jam makan - buat catatan
Contoh - pesakit ini yang membuat Paired-Testing bila makan nasi lemak (dipetik dari laman di sini)



Jadi pesakit di atas boleh membuat kesimpulan, dengan mengurangkan portion nasi dan menambahkan sayuran, ia mengurangkan spike gulanya

P/S: RDO tidak menasihati ahli-ahli untuk makan nasi lemak seperti di atas , cuba buat Paired-Testing dengan Nasi Lemak Cauliflower - tentu spike gula sangat minimum.😁😃😃




Target Bacaan Gula:

Sumber: CPG Malaysian Guideline Management of Type 2 Diabetes 2015


Paired-Testing Bagi Pesakit Yang On Insulin

Ini berguna untuk melaraskan (adjust) dos insulin. Sila buat catitan dalam diari.

Contoh pesakit di bawah yang membuat Paired-Testing sebelum dan selepas makan Nasi Lemak Cauliflower dan beliau mengambil suntikan insulin sebanyak 10 unit:



Pesakit di atas akan mengetahui bahawa dos insulin sebanyak 10 unit cukup untuk cover karbohidrat dalam makanan yang diambilnya. Lain kali kalau dia nak ambil makanan yang sama, dia akan suntik sebanyak 10 unit insulin.

Anda boleh melakukan 'eksperimen' dengan pelbagai makanan yang lain. Yang penting buat catatan dalam diari - selalulah merujuk rekod tersebut dan boleh berkongsi dengan rakan-rakan dalam group

Selamat mencuba!


Sumber:

1. The effect of simplified paired self-monitoring of blood glucose in patients with type 2 diabetes mellitus with persistent poor glycemic control

2. What is paired-testing

3. CPG: Malaysian Guideline on Management of Type 2 Diabetes

No comments:

Post a Comment

Sekapur sirih

Assalamualaikum dan salam sejahtera Blog ini ditubuhkan untuk mengumpul dan menyebarkan info-info tentang RDO (Reverse Diabetes/Ob...

Most popular posts

 
Reverse Diabetes/Obesity (RDO)
Closed group · 2,965 members
Join Group
RDO Protocol.. Terbukti berkesan utk reverse masalah berat badan terlebih, kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi dll... Tanpa ubat Tanpa sup...
 

Interesting youtube videos (IF & keto)

calculate!




Total Pageviews