"Fasting is the first principle of medicine"-Rumi

Disclaimer:

Informasi dalam blog ini tentang intermittent fasting (IF) dan diet ketogenik BUKAN bertujuan untuk menggantikan nasihat, konsultansi, diagnosis dan rawatan dari ahli perubatan yang bertauliah. JANGAN berhenti dari sebarang ubat atau follow-up tanpa pengetahuan doktor anda!

Friday 20 March 2020

Jangkitan COVID-19: Apa Yang Perlu Anda Tahu

Oleh: 
~Dr Hapizi
RDO Community

-Info-info yang berkaitan akan sentiasa di-update dari semasa ke semasa


Coronavirus disease 2019 (COVID-19) adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh severe acute respiratory syndrome coronavirus 2 (SARS-CoV-2).

Penyakit ini pertama kali dilaporkan sejak Disember 2019 di Wuhan, China dan semenjak itu merebak ke seluruh dunia dengan pantas menjadi suatu pandemik. (Definisi Pandemik: penularan penyakit yang melibatkan hampir keseluruhan negara dalam dunia).

Sumber: WHO
Update pada 11/4/2020:



Malaysia mencatatkan kes pertama COVID-19 pada 25 Januari 2020 melalui 3  warganegara China yang memasuki Malaysia melalui Singapura pada 23 Januari 2020 .

Keadaan adalah agak terkawal sehingga 15 Mac 2020 apabila terdapat 190 kes positif baru COVID-19 dilaporkan (sumber). Kes-kes baru ini dikaitkan dengan kluster himpunan Jemaah Tabligh di Masjid Sri Petaling, dari 27 Februari hingga 1 Mac 2020. Dianggarkan kira-kira 16,000 orang menghadiri ijtima antarabangsa tabligh tersebut (sumber)

Ini adalah gelombang kedua COVID-19 di Malaysia dan memaksa pihak berkuasa mengetatkan kawalan untuk mengekang penyebaran virus.



Pada 16 Mac 2020, Perdana Menteri mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order) selama 2 minggu dari 18-31 Mac 2020

Terkini, PKP telah memasuki fasa ke-3 dengan lanjutan sehingga 28 April 2020.

Situasi terkini..

Sehingga artikel ini ditulis (20/3/2020), jumlah kes COVID-19 Global adalah 215,018 kes, dengan kadar kematian 4.18% dan kadar sembuh adalah 39.15% (sumber: CPRC KKM)



Sumber: CPRC, KKM


Sehingga 19 Mac 2020, telah terdapat 900 kes positif COVID-19 di seluruh negara dengan 2 kematian

Updated on 25/3/2020:



COVID-19 Outbreak Live Updates:



Location Tracking Map | Malaysia Outbreak Monitor | Live Updates: Find out the current outbreak in Malaysia and the world, Location Tracking Map | Malaysia Outbreak Monitor | News & Stats for coronavirus in Malaysia and the world

Mengenali Coronavirus Penyebab COVID-19

Coronavirus

Solar corona pada matahari

Perkataan 'corona' berasal dari kata Latin yang bermaksud mahkota (crown) atau 'halo' yang merujuk kepada rupa bentuk virus ini dibawah mikroskop elektron.

Coronavirus penyebab COVID-19 adalah sejenis betacoronavirus yang mempunyai sedikit sebanyak persamaan dengan SARS-CoV dan MERS-CoV (Middle East respiratory syndrome). Jika anda masih ingat, SARS-CoV pernah menyebabkan outbreak pada tahun 2002 dan MERS-CoV di Timur Tengah pada tahun 2012.

Saiz genome coronavirus ini dianggarkan 27-34 kilobases iaitu yang terbesar di kalangan virus RNA, manakala diameternya adalah sekitar 120 nanometer (sumber).

Virus-virus ini menggunakan laluan @ pintu yang sama untuk kemasukan ke dalam sel manusia iaitu receptor angiotensin-converting enzyme 2 (ACE 2) (sumber). Kita akan melihat dengan lebih mendalam tentang kepentingan ACE 2 ini di bahagian akhir artikel.



Ciri-ciri klinikal

Tempoh inkubasi (incubation period) (= tempoh dari mula terdedah kepada virus sehingga simptom pertama muncul)

  • Dalam masa 14 hari dari tempoh terdedah kepada virus, dalam kebanyakan kes, sekitar 4-5 hari selepas terdedah
'Respiratory droplets' melalui batuk dan bersin boleh menyebarkan coronavirus

Coronavirus adalah virus yang berjangkit melalui orang yang membawa virus tersebut bila dia batuk atau bersin dan virus memasuki hidung atau mulut orang berdekatan.

Menurut satu kajian yang baru diterbitkan dalam NEJM, 17 Mac 2020, coronavirus boleh hidup dalam udara sehingga 3 jam (sumber)



Virus ini juga boleh berjangkit jika anda menyentuh objek atau permukaan yang telah dihinggapi coronavirus dan kemudian menyentuh mulut, hidung atau mata anda.

Dalam kajian NEJM itu juga, didapati coronavirus boleh hidup sehingga 4 jam atas objek tembaga (copper), sehingga 24 jam di atas kadbod dan sehingga 2-3 hari atas permukaan plastik atau stainless steel (sumber)




Simptom-simptom:



Bagaimana membezakan COVID-19 dari jangkitan batuk/selesema biasa?

Jika dilihat dari simptom-simptom di atas, TIADA banyak perbezaan dengan jangkitan batuk selesema biasa (upper respiratory tract infection, URTI) yang biasa kita alami. TETAPI, jika anda mempunyai simptom-simptom di atas DAN mempunyai sejarah melancong atau menetap di negara-negara yang terlibat dengan COVID-19 ATAU berhubung rapat dengan sesiapa yang disahkan positif COVID-19 dalam masa 14 hari lepas, anda diklasifikasikan sebagai persons under investigation (PUI) dan mesti hadirkan diri ke pusat-pusat saringan COVID-19 di klinik kesihatan kerajaaan atau hospital terdekat.

Sumber: KKM
Berdasarkan assessment di pusat saringan, jika anda memenuhi kriteria sebagai PUI, anda mungkin dimasukkan ke dalam wad hospital atau diletakkan di bawah pengawasan harian di rumah (daily home surveillence) selama 14 hari

Sumber: KKM

Rawatan COVID-19 di Hospital





Setakat ini, rawatan COVID-19 di hospital adalah terutamanya bersifat supportive dan belum ada ubatan anti virus secara spesifik

Source: Ref 14



Antara ubat yang sedang dicuba ('investigational therapies'):

  • Kaletra (lopinavir/ritonavir) - ubat anti-HIV
  • Remdesivir - ubat yang pernah diguna merawat Ebola
  • Hydroxychloroquine
  • Chloroquine - ubat anti malaria yang didapati berkesan merencat kemasukan virus
  • Tocilizumab - merencat IL-6 (anti-inflamasi)




Ada yang memviralkan tentang ubat anti-malaria chloroquine yang dikatakan sebagai penyembuh COVID-19. Saya ingin nyatakan sekali lagi, bahawa chloroquine memang salah satu ubat yang diguna di hospital, tetapi belum ada kajian yang benar-benar konkrit. Ubat ini tidak kedapatan di farmasi atau klinik biasa. Ianya perlu dipreskripsi oleh pakar di hospital. Jadi jangan cuba mengambil sendiri tanpa kebenaran pakar kerana side effect dan toxicity nya agak serius (sumber)

Langkah Pencegahan



Bersempena dengan langkah kerajaan menguatkuasa Perintah  Kawalan Pergerakan ini, sama-samalah kita bekerjasama untuk membendung penularan coronavirus ini.







Pada setiap masa 
Jarakkan diri anda 6 kaki dari orang sebelah
Elakkan berjabat tangan dengan sesiapa saja
Kerap membasuh tangan dengan air dan sabun (selama 20 saat)
Memakai face mask, terutama bila anda ada batuk/selesema


Perkuatkan Sistem Pertahanan Tubuh

Immune System  atau sistem pertahanan, melindungi tubuh dari sebarang jangkitan kuman dan penyakit. Terdapat 2 komponen utama immune system iaitu innate immunity dan adaptive immunity.

Untuk bacaan lanjut tentang nutrition dan immunity, boleh baca di sini

Overview tentang immune system:



 Kita fokus kepada bagaimana untuk menguatkan immune system:-

  • Kawalan gula yang baik untuk pesakit diabetes


Sumber: sini

Dalam kajian di China terhadap 44,000 + pesakit yang disahkan positif COVID-19, didapati kadar kematian (case-fatality rate) secara umum adalah 2.3%. Bagaimanapun CFR meningkat kepada 7.3% bagi yang mempunyai diabetes, 10.5% (mempunyai penyakit kardiovaskular), 6% (mempunyai hipertensi) dan 5.6% (mempunyai kanser) (sumber)

Pesakit diabetes, terutama yang mempunyai kawalan glukos yang tidak terkawal, mengakibatkan kelemahan sistem pertahanan tubuh, kerana gangguan pada fungsi sel darah putih. (sumber)

Di kalangan warga  RDO Community yang telah mempraktiskan intermittent fasting (IF) serta diet keto, memang telah terbukti berkesan mengawal paras glukos, malah berjaya reverse masalah diabetes mereka. Boleh klik ruangan success stories di blog ini untuk melihat sebahagian yang telah berjaya


  • Intermittent Fasting (IF)

Prolonged fasting (PF) sehingga 72 jam boleh 'reboot' sistem imun tubuh. Ini merupakan penyelidikan yang dibuat oleh Prof  Valter Longo dari University of California. (sumber)

Antara manafaat lain IF untuk sistem imun tubuh:

Mengurangkan keradangan (inflammation) dan stress oksidatif
➤ Meningkatkan proses autophagy dan recycling 
➤ Merangsang pembebasan stem cells
➤ Meningkatkan bilangan serta keaktifan sel darah putih

IF dan proses autophagy yang berlaku sangat penting untuk mencegah virus dari membiak aktif.

Walaubagaimanapun, jika anda sedang diserang dengan penyakit COVID-19 ini, sedang dikuarantin dan sebagainya, TIDAK dinasihat untuk melakukan extended fasting > 24 jam. Cukup dengan membuat IF 16:8 atau OMAD sahaja


  • Diet Ketogenik

Diet keto yang diambil semasa eating window IF merupakan diet yang mengambil makanan semulajadi tanpa diproses, tanpa gula tambahan, rendah net carb dengan pengambilan banyak makanan padat nutrisi seperti sayur-sayuran pelbagai jenis, protein yang mencukupi serta lemak sihat seperti avocado, minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain.

Tentunya kombinasi makro dan mikronutrien yang optimum sebegini akan mengurangkan keradangan, stres oksidatif serta memperkuatkan sistem imun untuk berfungsi dengan maksimum.

  • Leptin - "The Mastermind"
Apa itu leptin?

Leptin merupakan satu hormon penting yang dihasilkan oleh sel-sel lemak (adipose tissue). Tugas leptin adalah merangsang otak untuk memberikan rasa kenyang. Malangnya oleh kerana kebanyakan kita selama ini sudah terbiasa makan secara kerap, ditambah dengan makanan berkarbohidrat tinggi, sel, sel otak menjadi rintang (resistant) kepada kesan leptin. Jadi kita jadi lambat kenyang, dan sel-sel lemak terus menghasilkan leptin dengan lebih banyak.

Dengan melakukan IF serta diet keto secara konsisten, masalah leptin resistance ini menjadi semakin pulih.

Apa yang ramai tidak tahu, leptin juga sangat penting sebagai 'master regulator' immune system. Leptin mengaktifkan sel-sel darah putih, juga bertindak sebagai agen inflamatori dalam membunuh patogen seperti virus, bakteria dan parasit. Leptin juga penting untuk mengawal aktiviti regulatory T cells (Treg). Kekurangan atau kerintangan leptin menyebabkan immune system hilang 'brake', menjadi celaru, overactive dan boleh menyebabkan cytokine storm di dalam paru-paru mangsa COVID-19. Ini boleh membawa maut.

Boleh ikuti penerangan dari Dr Ron Rosedale ini, yang telah mengkaji leptin sejak lebih 20 tahun lepas:



Link artikel: 13

Sumber: 13

  • Dapatkan tidur yang cukup
Tidur dan sistem imun saling berkait rapat. Kurang tidur menyebabkan kelemahan sistem imun dan begitu juga sebaliknya. sumber

➤ Untuk dewasa, jumlah jam tidur yang optimum adalah 7 jam

  • Kawalan Stress
Seperti juga tidur, stress dan sistem imun saling berkait rapat

Hasil akhir dari stress adalah peningkatan risiko penyakit, terutama penyakit berjangkit seperti COVID-19

➤ Lebihkan usaha untuk mengawal stress dalam kehidupan. Bagi orang Islam - solat, zikir, istighfar, bersolawat dan lain-lain adalah sangat bermanfaat. Selain itu bermeditasi, latihan mindfulness, beriadah, berkebun adalah antara langkah-langkah yang boleh dilakukan

  • Exercise yang sederhana
Exercise terbukti melalui kajian saintifik - boleh meningkatkan sistem imun serta mengurangkan inflamasi. Sumber


Exercise yang keterlaluan juga tidak bagus untuk sistem imun. Ia meningkatkan risiko URTI (upper respiratory tract infection). sumber
➤ Buat exercise yang  sederhana, indoor lebih baik, mungkin gunakan treadmill atau peralatan gym yang terdapat di rumah

  • Supplements
Antara supplement yang boleh membantu menguatkan sistem imun tubuh. Harus diingat, ianya hanya supplement. Asas yang perlu untuk pembinaan sistem imun adalah 5 yang di atas tadi iaitu IF, diet ketogenik, tidur yang mencukupi, pengawalan stress serta senaman yang sederhana.

Vitamin C. Dos yang dicadangkan adalah tidak lebih dari 2000 mg sehari. Mega dos vitamin C dalam rawatan COVID-19 masih belum ada bukti konkrit dan kita menunggu hasil penyelidikan saintis2 di China.  Dos vitamin C yang tinggi telah dikaitkan dengan 'cytokine storm' dalam kes SARS

Sumber

Vitamin D. Dos suplemen yang dicadangkan adalah 2000 IU sehari. Kalau nak Vitamin D percuma, hanya perlu berjemur sedikit dibawah panas matahari sekitar 10-15 minit sehari

Zinc boleh didapati dari sumber diet atau dari suplemen multivitamin & mineral

Turmeric (kunyit). Boleh didapati dari diet atau suplemen

Garlic (bawang putih). Tambahkan lebih banyak bawang putih, bawang merah dan sebagainya dalam masakan. Garlic juga boleh didapati dalam bentuk suplemen

Echinacea. Herba yang popular untuk menguatkan sistem imun. Biasanya telah tersedia dalam bentuk suplemen


Penutup dan Kesimpulan

Untuk memenangi 'peperangan' dengan mahkluk coronavirus ini, kita mestilah mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan tentang sifat-sifat dan tabiatnya. Ianya telah digariskan secara ringkas dalam artikel ini. Selebihnya kita mestilah bersedia dengan sistem pertahanan yang kuat pada setiap masa. Contohnya jika ada diabetes, kawalan gula mesti sentiasa terkawal

RDO Community telah diwujudkan kira-kira 2 tahun lepas bertujuan untuk reverse dari masalah diabetes/obesity serta mengawal paras gula darah supaya sentiasa optimum. Bagi yang telah mengamalkan RDO Protocol serta telah reverse, insya Allah anda tiada risiko tambahan semasa waktu yang sukar ini. bagi yang belum bermula, inilah masa yang sesuai untuk bermula.

Asas yang lain untuk sentiasa mempunyai sistem imun yang mantap adalah melakukan IF, berdiet secara ketogenik (atau diet pilihan anda masing-masing), asal saja ia menekankan makanan semulajadi, kurang diproses, padat nutrisi dan seimbang. Pastikan juga anda cukup tidur, mengawal stress dengan baik, serta kekal aktif dengan senaman yang sederhana dan enjoyable.

Pilihlah suplemen yang sesuai mengikut bajet dan keperluan anda.

Semoga wabak dan bencana ini cepat berlalu dan kita semua selamat dari serangan coronavirus ini..amiin


Rujukan:

1. http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2019-ncov-wuhan-guidelines

2. https://www.health.harvard.edu/diseases-and-conditions/coronavirus-resource-center

3. https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/hcp/clinical-guidance-management-patients.html

4. https://www.dietdoctor.com/coronavirus?fbclid=IwAR2C9WF67_6otEP6EFjVYoTztnkBuXcGzX5T6hh4LHXcNs5cZ7J82XzIObE

5. https://drhyman.com/blog/2020/03/17/protect-yourself-from-covid-19/

6. https://www.docmuscles.com/coronavirus/

7. https://siimland.com/should-you-do-intermittent-fasting-when-sick/

8. https://youtu.be/1vZDVbqRhyM (on ACE 2 receptors)

9. https://chrismasterjohnphd.com/what-im-doing-for-the-coronavirus

10. https://www.crossfit.com/health/lifestyle-tips-to-hedge-against-respiratory-illness?topicId=article.20200320113044890

11. https://lpi.oregonstate.edu/mic/health-disease/immunity

12. https://thefatemperor.com/ep67-ron-rosedale-md-crucial-explanation-on-how-to-avoid-serious-viral-impacts/

13. https://personal.us.es/segurajj/documentos/CV-Art%20JCR/95-CGFR-Leptin%20Revision-2017.pdf

14. Pharmacologic Treatments for Coronavirus Disease 2019 (COVID-19): A Review (JAMA)




Links to:

RDO Facebook

RDO Community Telegram


1 comment:

Sekapur sirih

Assalamualaikum dan salam sejahtera Blog ini ditubuhkan untuk mengumpul dan menyebarkan info-info tentang RDO (Reverse Diabetes/Ob...

Most popular posts

 
Reverse Diabetes/Obesity (RDO)
Closed group · 2,965 members
Join Group
RDO Protocol.. Terbukti berkesan utk reverse masalah berat badan terlebih, kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi dll... Tanpa ubat Tanpa sup...
 

Interesting youtube videos (IF & keto)

calculate!




Total Pageviews