"Fasting is the first principle of medicine"-Rumi

Disclaimer:

Informasi dalam blog ini tentang intermittent fasting (IF) dan diet ketogenik BUKAN bertujuan untuk menggantikan nasihat, konsultansi, diagnosis dan rawatan dari ahli perubatan yang bertauliah. JANGAN berhenti dari sebarang ubat atau follow-up tanpa pengetahuan doktor anda!

Tuesday 24 November 2020

Interaksi Hormon-Hormon Apabila Melakukan IF/Keto

Oleh: Dr Hapizi

Pelbagai jenis hormon dalam tubuh manusia

Dalam post ini, saya akan menjelaskan tentang apa yang berlaku dan interaksi hormon-hormon, terutamanya insulin dan hormon seperti glucagon, growth hormone, epinephrine, cortisol, leptin, thyroid, estrogen, progesterone, testosterone dan lain-lain.

Tujuan mengetahui interaksi hormon-hormon ini adalah supaya kita mendapat benefit yang optimum apabila melakukan IF/Keto serta boleh expect perubahan yang berlaku dalam situasi tertentu. Contohnya kenapa berat/paras gula  meningkat sedikit semasa period, semasa stress, semasa demam dan sebagainya.

Seterusnya dengan mengetahui interaksi ini, kita dapat mengoptimumkan paras hormon-hormon ini dengan cara-cara tertentu untuk mendapat hasil terbaik, semasa melakukan IF/keto.

Baca dahulu post ini https://rdocom.blogspot.com/2018/05/hyperinsulinaemia-elephant-in-room.html, dan https://www.dietdoctor.com/new-paradigm-insulin-resistance tentang kerintangan insulin (insulin resistance)


1. Insulin (Ruj: 1)

Insulin adalah sejenis hormon peptida, dirembes oleh sel beta pankreas. Fungsi utama insulin adalah meningkatkan kemasukan (uptake) glukosa ke dalam tisu periferal (hati, otot rangka dan tisu adipos), meningkatkan pembentukan glikogen (glycogenesis), pembentukan lemak (adipogenesis) dan merencat pemecahan lemak dan glikogen (lipolysis and glicogenolysis).

Jadi insulin adalah hypoglycaemic hormone (menurunkan paras gula) serta bersifat anabolic (merangsang pertumbuhan otot dan lemak)




2. Insulin & Counterregulatory Hormones (Ruj: 2)

Apa itu counterregulatory hormones?

Ianya merupakan hormon-hormon yang berlawanan dengan kesan insulin ie ia akan menaikkan paras glucose apabila hypoglycaemia berlaku

Counterregulatory hormones yang utama adalah glucagon, growth hormone, cortisol dan epinephrine


Mereka yang tidak mempunyai diabetes mempunyai beberapa mekanisme pertahanan dari hypoglycaemia.

Pertama, pankreas akan mengurangkan rembesan insulin. 

Kedua, sel alfa pankreas akan merembeskan hormon glucagon yang memberi isyarat kepada hati (liver) untuk membebaskan lebih banyak glucose.

Mekanisme kawalan glucose oleh insulin & glucagon



Ketiga, kelenjar adrenal akan membebaskan epinephrine (adrenaline) untuk memberi isyarat kepada hati dan buah pinggang untuk menghasilkan lebih banyak glucose. Epinephrine juga mengawal tisu-tisu tertentu seperti otot untuk tidak terlalu menggunakan glucose dari darah serta mengurangkan rembesan insulin dari pankreas.

Dalam sesetengah kes, apabila glucagon dan epinephrine masih tidak berjaya menaikkan paras glucose secukupnya, cortisol dan growth hormone akan dirembeskan.

Bagi sesetengah pesakit, terutama type 1 diabetes, mereka hilang keupayaan untuk merembeskan hormon glucagon apabila diperlukan (hypo). Rembesan hormon epinephrine juga tidak berlaku seperti yang sepatutnya. Individu sebegitu dinamakan mempunyai masalah defective glucose counterregulation dan sangat senang mengalami masalah hypoglycaemia.

Disamping menyumbang kepada masalah hypoglycaemia, pengurangan respons terhadap epinephrine juga menyebabkan seseorang boleh mengalami masalah hypoglycaemia unawareness. 

Oleh kerana tanda-tanda amaran awal hypo ( lapar, berpeluh, menggigil, berdebar-debar dsb) dicetuskan oleh hormon epinephrine, mereka yang ada kekurangan hormon tersebut tidak mengalami apa-apa simptom, walaupun sedang hypo (glucose dalam darah < 4). Ini adalah sesuatu yang amat bahaya.


3. Insulin & Growth Hormone (GH) (Ruj: 3)

GH merupakan salah satu hormon yang dirembes oleh kelenjar pituitari di dalam otak. Ia berfungsi dalam banyak proses fisiologi kompleks yang melibatkan pertumbuhan dan metabolisme.

Growth hormone (GH) dan fungsi-fungsinya



GH selalu dilabelkan mempunyai aktiviti anti-insulin kerana ia merencat aktiviti insulin untuk merangsang kemasukan glucose ke dalam tisu periferal dan ia juga merangsang penghasilan glucose di dalam hati.

Walaubagaimanapun, agak paradoks, pengambilan GH merangsang rembesan insulin, yang menyebabkan hyperinsulinaemia.


4. Insulin Dan Cortisol (Ruj: 4)

Cortisol dirembes oleh kelenjar adrenal (terletak di atas organ buah pinggang) apabila ada reaksi stress.

Cortisol menyediakan tubuh kita untuk reaksi "fight or flight" (lawan atau lari) dengan meningkatkan pengeluaran glucose ke dalam darah dan merencat rembesan insulin dari pankreas. ini untuk mencegah glucose dari disimpan, supaya ia dapat digunakan segera semasa stress.






5. Insulin dan Leptin (Ruj: 5)

Leptin adalah hormon yang dikeluarkan oleh sel-sel adipose (lemak). 
Kedua-duanya mempunyai tugas penting dalam kawalan glucose dan metabolisme. 
Leptin memberikan rasa kenyang selepas kita makan

Leptin merencat insulin; insulin merangsang penghasilan dan rembesan leptin. 

Leptin juga meningkatkan sensitiviti insulin.

Interaksi leptin & insulin


Ada satu artikel menarik, interaksi leptin dan insulin, yang ditulis oleh Dr Jason Fung dalam blog beliau. Boleh baca di https://thefastingmethod.com/how-to-control-the-body-weight-thermometer/




6. Insulin dan Hormon Thyroid (Ruj: 78)

Hormon thyroid juga memainkan peranan penting bersama insulin dalam kawalan glucose.

Jika hormon thyroid terlalu rendah (hypothyroidism), paras glucose boleh meningkat dan masalah kerintangan insulin juga semakin buruk.

Begitu juga sebaliknya, jika ia tinggi dari sepatutnya (hyperthyroidism), boleh menaikkan glucose darah dan memburukkan kerintangan insulin.

Paras hormon thyroid mesti dioptimumkan untuk mendapat kawalan diabetes yang baik, serta untuk penurunan berat yang berkesan.

Interaksi hormon thyroid dan insulin


7. Insulin dan Estrogen (Ruj: 910)

Hubungan antara estrogen dan insulin agak complicated.

1. Estrogen membantu meningkatkan sensitiviti. Sebab itu kita lihat, kadar insiden diabetes wanita adalah kurang berbanding lelaki semasa umur sebelum menopause, tetapi advantage ini hilang selepas menopause. Ini disebabkan pengurangan paras estrogen selepas menopause.



2. Dalam wanita premenopause, estrogen membantu pengumpulan lemak di bawah kulit (subcutaneous fat), berbanding lemak sekitar/dalam organ (visceral fat). Ini penting untuk mengelak dari berlakunya penyakit metabolik seperti diabetes di peringkat awal.

3. Walaubagaimanapun, estrogen juga terhasil dari penukaran hormon testosterone (melalui enzim aromatase) di dalam sel lemak. Ini bermakna, semakin banyak anda menyimpan lemak, semakin banyak estrogen terhasil dan ini juga boleh menjadi satu 'vicious cycle'.
Contohnya jika paras estrogen terlampau tinggi, ianya menerukkan masalah hypothyroid - memperlahankan metabolisme dan menaikkan berat.

Paras estrogen terlalu tinggi juga boleh menghalang pembakaran (oxidation) lemak.

Secara ringkasnya kita perlukan paras estrogen yang optimum, tidak terlalu tinggi atau rendah.

Ruj: 11

Simptom-simptom estrogen dominance - estrogen lebih tinggi berbanding progesterone


Berat meningkat sedikit semasa menses, dan apabila mengambil pil perancang

Perubahan hormon estrogen dan progesterone semasa menses


Wanita biasa mendapati berat meningkat sedikit semasa period dan apabila mengambil pil perancang. Ini adalah akibat dari perubahan hormon estrogen dan progesterone (rujuk rajah di atas). Paras estrogen tinggi juga diketahui meningkatkan selera makan serta pengumpulan air (Ruj: 12)

Adakah intermittent fasting mengganggu period wanita?

Secara umumnya tidak, menurut Megan Ramos, antara pengasas The Fasting Method, bersama Dr Jason Fung. yang telah menyelia ramai wanita yang melakukan IF. Malah IF akan membantu menormalkan pusingan haid dan mengurangkan simptom premenstrual syndrome (PMS) dengan dramatik!

Menurut Megan Ramos, period dan simptom PMS biasanya akan menjadi normal pada bulan ketiga seseorang wanita melakukan IF. Baca di sini.

Kesimpulan: IF tidak mengganggu period wanita. Malah membantu meregulasinya, terutama jika anda mempunyai masalah obesiti, PCOS, PMS dan lain-lain.

Jika berat anda telah mencapai BMI normal, tidaklah perlu IF panjang-panjang. IF 12-16 jam sehari sudah cukup. Pengambilan kalori yang tidak cukup boleh mengganggu period, terutama bagi yang telah mencapai berat ideal. Ini kerana tubuh anda boleh memasuki starvation mode. Boleh baca di sini.


8. Insulin dan Testosterone (Ruj: 15)

Jika estrogen adalah hormon kewanitaan, testosterone adalah hormon kelelakian yang dirembes dari testis.

Data-data dari kajian antarabangsa mendapati pengurangan hormon testosterone apabila lelaki semakin berumur, dikaitkan dengan masalah kerintangan insulin yang semakin teruk serta peningkatan risiko kardiovaskular.



Sumber: https://www.nature.com/articles/ijir200842


Sumber: https://www.sciencedirect.com/science/article/abs/pii/S0039128X18301363


Ada kajian yang menunjukkan intermittent fasting berupaya meningkatkan hormon testosterone sehingga 180% (baca di sini)

Bagi yang mempunyai paras testosterone yang rendah di dalam darah, terapi penggantian testosterone mungkin boleh membantu (baca di sini)


9. Vitamin D dan Kerintangan Insulin (Ruj: 19)

Vitamin D pada hakikatnya adalah bukan 'vitamin' tetapi salah satu hormon. Vitamin D3 disintesis dari cahaya matahari manakala vitamin D2 daripada diet. Bentuk aktifnya ialah 25OHD yang mempunyai pelbagai fungsi penting dalam tubuh.

Fungsi penting vitamin D adalah membantu penyerapan kalsium dari usus, membantu memperkuatkan tulang serta pembentukan antibodi dan sistem imun secara keseluruhan (20).

Vitamin D bukan sahaja terlibat untuk fungsi sel beta pankreas, tetapi juga dalam sel/tisu yang terlibat dengan fungsi insulin seperti tisu adipos, hati dan otot rangka. 

Beberapa kajian menunjukkan vitamin D meningkatkan sensitiviti reseptor insulin (Ruj: 19)



Sumber: 22


Sumber: 20

Cara paling mudah (dan percuma!) untuk mendapatkan sumber vitamin D yang cukup adalah mendedahkan diri kepada cahaya matahari sekitar waktu tengahari, 10-30 minit sehari, beberapa kali seminggu (23)

Alternatif, adalah dengan mengambil suplemen vitamin D3 (bentuk aktif), jika paras vitamin D darah anda adalah rendah (sila berjumpa doktor untuk ujian darah di klinik). Dos yang dicadangkan adalah 5000-8000 IU (24)


Kesimpulan

Kalau berat anda tidak ada penurunan ketara/statik atau jika anda ada diabetes dan kawalan gula tidak memuaskan walaupun sudah melakukan IF/keto dengan konsisten, boleh berjumpa doktor anda untuk dibuat ujian darah untuk mengesan paras hormon-hormon yang dinyatakan


Rujukan

1. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK525983/

2. https://www.diabetesselfmanagement.com/diabetes-resources/definitions/counterregulatory-hormones/

3. http://www.vivo.colostate.edu/hbooks/pathphys/endocrine/hypopit/gh.html#:~:text=Growth%20hormone%20is%20often%20said,insulin%20secretion%2C%20leading%20to%20hyperinsulinemia.

4. https://www.todaysdietitian.com/newarchives/111609p38.shtml

5. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3602983/#:~:text=Leptin%20and%20insulin%20directly%20regulate,action%2C%20both%20centrally%20and%20peripherally.

6. https://thefastingmethod.com/how-to-control-the-body-weight-thermometer/

7. https://www.restartmed.com/hypothyroidism-high-blood-sugar/

8. https://www.hindawi.com/journals/jtr/2011/152850/

9. https://diabetes.diabetesjournals.org/content/68/2/291

10. https://paleoleap.com/weight-loss-women-part-2-estrogen/

11. https://www.researchgate.net/figure/Overview-of-insulin-resistance-induced-by-estrogen-deficiency-and-subsequent_fig4_234120686

12. https://www.healthline.com/health/how-to-lose-weight-on-birth-control#what-the-research-says

13. https://academic.oup.com/ilarjournal/article/45/2/160/789454

14. https://us.viveve.com/how-diabetes-affects-estrogen-and-progesterone/#:~:text=Insulin%20and%20Progesterone%20are%20More%20Like%20Frenemies&text=However%2C%20high%20levels%20of%20progesterone,gestational%20diabetes%20in%20some%20women.

15. https://care.diabetesjournals.org/content/28/7/1636

16. https://www.nature.com/articles/ijir200842

17. https://www.sciencedirect.com/science/article/abs/pii/S0039128X18301363

18. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3897047/

19. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6520736/

20. https://www.intechopen.com/books/vitamin-d-deficiency/vitamin-d-deficiency-and-diabetes-mellitus

21. https://www.pharmacytimes.com/publications/issue/2010/February2010/OTCFocusVitaminD-0210

22. https://www.researchgate.net/figure/Source-of-vitamin-D-in-humans-Vitamin-D-3-is-synthesized-de-novo-while-vitamin-D-2-is_fig2_320332080

23. https://www.healthline.com/nutrition/vitamin-d-from-sun#time-of-day

24. https://www.lifeextension.com/vitamins-supplements/vitamin-d


Join RDO Community Telegram:

https://t.me/joinchat/A87TgE1HtbCXUHAoSW6jTg

No comments:

Post a Comment

Sekapur sirih

Assalamualaikum dan salam sejahtera Blog ini ditubuhkan untuk mengumpul dan menyebarkan info-info tentang RDO (Reverse Diabetes/Ob...

Most popular posts

 
Reverse Diabetes/Obesity (RDO)
Closed group · 2,965 members
Join Group
RDO Protocol.. Terbukti berkesan utk reverse masalah berat badan terlebih, kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi dll... Tanpa ubat Tanpa sup...
 

Interesting youtube videos (IF & keto)

calculate!




Total Pageviews